Friday, September 08, 2006

ADAKAH ANDA SANGGUP MAKAN ROTI HIGH FIVE?

ADAKAH ANDA SANGGUP MAKAN ROTI HIGH FIVE?
Berikutan daripada aduan yang diterima, kami telah menjalankan
serbuan ke kilang roti High5 di Nilai,Negeri Sembilan.

Serbuan sepadu ini disertai oleh beberapa agensi kerajaan
antaranya, Majlis Perbandaran Nilai, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Imigresen,
Polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Shah
Alam Communication Club(SACC) dan JAKIM.

Lihatlah betapa kotornya kilang ini.










Pihak JAKIM juga ada menemui setong drum cecair minyak yang
dispray dalam
acuan pembakar yang didakwa pengilang 100% minyak sayuran tetapi
tidak
mendapat pengesahan JAKIM. Cecair tersebut berjenama DUBOR dari German yang mendapat pengesahan Rabai Yahudi.

Suasana dalam kilang amat menjijikkan, berbau meloyakan tekak dengan suasana pencahayaan yang malap. Para pekerja tidak memakai sarung tangan ketika memasukkan tepung roti ke dalam acuan, malah mereka hanya menggunakan tangan kiri dan kanan tanpa sebarang apron atau alat bagi memelihara pencemaran virus dan bakteria dari berlaku.

Kita merasakan syarikat yang menggunakan wang KWSP bagi mengembangkan operasinya ini sebagai tidak langsung sensitif dan tidak menghormati kehendak dan aspektasi pengguna dan aspirasi kerajaan.

Sekali lagi pengguna yang menjadi mangsa...

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home