Aduhai kesiannya pak cik ni....
Hmmm ramai perempuan ghairah nak kahwin ngan lelaki berusia dan kaya...tapi cerita di bawah ni menarik skit...isteri lari tinggalkan suami walaupun dah di tabur ngan segala kemewahan... mungkin ada yang ketawa atau kesian ngan pakcik ni terpulang laa...dunia sekarang ni macam-macam...adakah wang ringgit mampu membeli kebahagian apa faktor si isteri yang melarikan diri dari pakcik ini? aku hanya mampu tersengeh...
‘Sampai hati dia’
Oleh Misiah Taib (Berita Harian)
Isteri ketiga lari selepas dihadiah banglo, kereta
MELAKA: "Saya kecewa sungguh. Saya sangat sayangkan dia. Sampai hati dia tinggalkan saya setelah segala kasih sayang dan kemewahan saya berikan padanya," demikian luahan seorang datuk berusia 61 tahun, yang ditinggalkan isteri mudanya, Juliana Yunos, 35, empat hari lalu.
Abd Manap Ma'min mendakwa isteri ketiganya itu meninggalkannya selepas dia membayar deposit RM80,000 untuk membeli sebuah kereta Mercedes-Benz Kompressor CLK dan menguruskan proses pembelian banglo berharga RM3.8 juta di Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk dihadiahkan kepadanya.
Abd Manap yang lebih dikenali sebagai Ayah Haji mendakwa, isteri mudanya yang dikahwininya enam bulan lalu meninggalkan rumah mereka di Kampung Pasir Tumbuh, Simpang Merlimau, Jasin, di sini, pada jam 4 petang, Jumaat lalu.
“Dia kata nak pergi pasar malam, tetapi rupanya dia lari. Dia turut membawa bersama pasport antarabangsa saya yang kebetulan disimpan dalam beg tangannya. Pada jam 9.30 malam pada hari sama, dia hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada saya mengatakan dia `hendak mengundur diri'.
“Saya cuba hubungi dia termasuk di rumah ibunya di Perak, tetapi tak dapat. Saya tak tahu ke mana dia pergi,” katanya.
Ahli perniagaan yang juga pemilik sebuah syarikat perkapalan itu turut membawa album perkahwinannya dengan Juliana ke pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) Melaka, semalam.
Beliau berkahwin dengan Juliana enam bulan lalu pada satu majlis persandingan yang diadakan tiga hari tiga malam.
Perkahwinan itu katanya, diadakan tiga hari selepas dia diperkenalkan oleh seorang rakan dengan Juliana yang sudah menjanda dua tahun, dengan wang hantaran RM25,000.
Katanya, Juliana yang juga janda mempunyai empat anak berusia antara tiga dan sembilan tahun, adalah bekas pegawai syarikat insurans dari Teluk Intan, Perak.
"Saya juga memberikan RM3,000 sebulan untuk nafkah empat anak tiri saya yang juga anak Juliana dengan bekas suaminya. Dia meminta nafkah RM12,000 sebulan daripada saya sebagai ganti kerana saya memintanya berhenti bekerja selepas berkahwin dengan saya," dakwa beliau.
Ayah Haji ditemani isteri keduanya berusia 42 tahun yang berdarah campuran Eropah/Arab ketika datang ke pejabat NSTP semalam.
1 Comments:
Cerita ini adalah palsu semata. Cerita ini direka oleh pakcik ini sendiri kerana isteri mudanya telah membuat laporan polis disebabkan jenayah yang dilakukan oleh pakcik ini. pakcik ini sebenarnya adalah seorang penipu besar "conman". Ramai yang telah menjadi mangsanya termasuklah beberapa orang kenamaan. Isteri mudanya meminta supaya dilepaskan kerana tidak mahu bersubahat dengan tipu daya pakcik ini tetapi isteri mudanya telah diugut bunuh sekiranya melaporkan kepada pihak berkuasa. oleh kerana tidak tahan dengan perangai pakcik ini yang suka menipu orang ramai, sering mengugut bunuh isteri mudanya, memaki hamun, memukul, malah mengurung isteri mudanya di rumah (tidak dibenahkan keluar rumah malah tidak dibenarkan melawat anak-anaknya), isteri mudanya nekad melarikan diri dengan dibantu oleh ahli keluarga dan jirannya dan membuat laporan polis. Sehingga kini pakcik ini tinggal di dalam tahanan penjara akibat dari berbagai kesalahan (jenayah) yang telah dilakukannya. Sebenarnya pak cik ini juga adalah seorang bekas banduan dan sering kali masuk penjara serta mempunyai berbagai rekod jenayah.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home