Siti tetap unggul di AIM14
Oleh : Radin Sri Ghazali (Mstar)
KUALA LUMPUR: Kemuncak Anugerah Muzik (AIM) ke-14 memaparkan penguasaan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang mendominasi kategori-kategori penting yakni Album Terbaik dan Album Pop terbaik menerusi Transkripsi pada acara yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.
Namun, gelaran Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) yang disandangnya selama lapan kali dirampas oleh juara Malaysian Idol 1, Jaclyn Victor.
Sifu M.Nasir pula berjaya membawa pulang dua anugerah iaitu Lagu Terbaik menerusi Juwita Citra Terindah serta Album Pop Rock Terbaik dengan album Sang Pecinta.
Kejutan berlaku apabila penyanyi berambut cacak Reshmonu dinobatkan sebagai pemenang Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Album dengan mengalahkan M.Nasir serta Bob, Saleem dan Sean Ghazi.
Manakala penyanyi veteran Ahmadi Kassim pula memenangi Album Nasyid Terbaik menerusi Bahagia Berkasih sekaligus mengumumkan bahawa dirinya akan bersara daripada dunia nyanyian pada tahun 2007.
Anugerah Wirama pula diberikan kepada Pengurus Operasi Maestro, Freddie Fernandez berdasarkan sumbangannya terhadap pambangunan industri muzik tempatan.
Majlis yang diacarakan oleh Bob Lukman, Afdlin Shauki dan Adibah Noor itu turut mempaparkan persembahan yang bertenaga daripada artis-artis tempatan seperti Wings, Search, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Sofaz dan kumpulan dari Indonesia, Samsons.
ARTIS BARU TERBAIK
Sean Ghazi
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (LELAKI)Reshmonu - Album: Superfine
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (WANITA)
Jaclyn Victor - Album: Inilah...Jac
PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM ALBUM
Raihan - Album: Tawakkal
ALBUM POP ETNIK TERBAIK
Syura - Album: Syahda Berdendang
ALBUM NASYID TERBAIK
Ahmadi Hassan - Album: Bahagia Berkasih
ALBUM POP ROCK TERBAIK
M.Nasir - Album: Sang Pencinta
ALBUM HARD ROCK TERBAIK
Search - Album: Gothik Malam Edan
ALBUM POP TERBAIK
Siti Nurhaliza - Album: Transkripsi
LAGU TERBAIK
Juwita...(Citra Terindah) - Artis: M.Nasir (Komposer: M.Nasir)
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home