Monday, May 21, 2007

Mila Juara wanita pertama Akademi Fantasia







BUKIT JALIL: Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Binti Jirin dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim kelima semalam bertempat di Stadium Tertutup Bukit Jalil.

Peserta yang berasal dari Pulau Pinang itu mencipta sejarah apabila dia menjadi juara wanita pertama sepanjang lima tahun pertandingan itu diadakan.

Dia berjaya meraih 32% daripada 1.9 juta undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang diterima pada malam tersebut.

Mila membawa pulang hadiah berbentuk sebuah kondominium tajaan A Famosa, kereta Toyota Vios tajaan UMW Toyota Sdn Bhd, pakej percutian ke Australia, Sijil Simpanan Premium tajaan Bank Simpanan Nasional sebanyak RM10,000, sebuah trofi serta wang tunai sebanyak RM20,000.

Manakala, Ebi atau nama sebenar Ebi Kornelis pula menduduki tempat kedua dengan perbezaan sebanyak 6% dan diikuti dengan Aswad yang menduduki tempat ketiga dengan 21%.

Manakala peserta bertudung Heliza (11%) dan Candy (9%) menduduki tempat keempat dan kelima.

Persembahan yang mengagumkan menerusi lagu Persis Mutiara ciptaan Ajai dan Loloq serta lagu yang pernah dipopularkan oleh Ezlynn yakni Cinta Pura-Pura berjaya menambat hati panel juri yang terdiri daripada Fauziah Latif, Hattan Ogy Ahmad Daud dan pengkritik undangan, Mamat Khalid.

Pada malam tersebut, setiap peserta menyanyikan dua buah lagu yang terdiri daripada sebuah lagu original yang khas dibuatkan untuk mereka dan sebuah lagu lagi nyanyian penyanyi lain.

Konsert akhir itu turut melihatkan konsert terakhir Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara AF.

Bekas-bekas pelajar lain turut memberikan persembahan untuk menyerikan suasana konsert tersebut.

Kira-kira 10,000 orang penonton membanjiri stadium tertutup tersebut.

"Saya amat terharu dengan kemenangan saya pada malam ini kerana ini merupakan satu penghormatan yang besar untuk saya.

"Saya akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memastikan saya bertahan dalam
"Apatah lagi saya merupakan juara tunggal wanita setakat ini" ujar peserta berusia 19 tahun itu ketika sidang akhbar sejurus sahaja konsert berakhir.
industri muzik ini dan nama saya tidak akan pudar," tegasnya lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------------



Profil Mila

Nama Samaran
MILA

Nama Penuh : NORSYARMILLA BINTI JIRIN
Bangsa : MELAYU
Umur : 19 TAHUN
Asal : PULAU PINANG
Tarikh Lahir : 23 DISEMBER 1987
Tinggi : 148 CM
Berat : 40 KG
Hobi : MENYANYI, MENARI & MEMBACA NOVEL
Penyanyi Idola : ANITA SARAWAK

Deskripsi : Gadis cili molek yang bersifat manja dan mempunyai pertalian yang terlalu rapat dengan keluarga. Membantu menambahkan pendapatan keluarga dengan menjual suara walaupun masih belajar.


Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi?
Mengadakan persembahan di Kilang Robert Bosch sempena Majlis Makan Malam Tahunan dan menyanyi sewaktu hari perpisahan di sekolah

Pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Menari

Jika bukan nyanyian, apakah bakat lain yang anda ingin ada?
Berlakon & mencipta lagu

Jika anda tidak terpilih ke Akademi Fantasia, apakah yang akan anda lakukan sekarang?
Meneruskan persembahan di hotel-hotel sekitar Pulau Pinang

Apakah matlamat hidup anda?
Ingin menjadi seorang yang berjaya dan menjadi kebanggaan keluarga

Apakah album terbaru yang anda miliki?
Cerita Cinta oleh Datuk Siti Nurhaliza

Siapakah Juara Akademi Fantasia pilihan anda?
Zahid

Apakah yang akan anda lakukan sebelum membuat persembahan?
Berselawat dan cuba untuk menenangkan diri dan berfikiran positif

Perkara paling memalukan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Terjatuh dari basikal dan motosikal

Apakah saat yang paling membanggakan dalam hidup anda?
Apabila dipilih menjadi calon pelajar Akademi Fantasia 5

Apakah kelas yang paling anda tunggu-tunggu dalam Akademi?
Kelas Vokal dan Kelas Tarian

Sepanjang hidup anda, apakah halangan paling besar yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Ingin menyambungkan pelajaran tetapi menghadapi masalah kewangan

Pengalaman paling manis/pahit sewaktu sesi Ujibakat?
Menghadapi kesulitan untuk mencari hotel tempat sesi Ujibakat di Alor Setar

Berapa peratuskah peluang anda untuk menjadi Juara AF5?
50%

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2000 - 2007
1. Tsunami
2. Tahun Melawat Malaysia 2007
3. Black-out di Prangin Mall

Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Merubah nasib rakyat yang tertindas oleh kuasa zalim Amerika Syarikat

Jika anda menjadi Wakil Rakyat, apakah yang akan anda lakukan kepada kawasan anda?
Meninjau tahap kesihatan dan kebajikan warga kampung

Jika anda terdampar di sebuah pulau, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama? (3 sahaja)
1. Mancis
2. Makanan
2. Pakaian sejuk

Jika anda meminati haiwan, apakah haiwan kegemaran anda?
Kucing

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Ingin menjadi kucing kerana kucing sejenis haiwan yang comel

Sebutkan 3 keunikan yang ada pada diri anda?
1. Boleh memasak
2. Boleh menari
3. Manja


Juara

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Video persembahan Konsert Akhir Akademi Fantasia Musim ke 5

Saksikan semula semua persembahan pelajar-pelajar di konsert akhir...




konsert akademi af5 final - mila - persis_mutiara JUARA



konsert akademi af5 final - milah cinta pura pura JUARA



konsert akademi af5 final - ebi_sinar_cinta 2nd


konsert akademi af5 final - ebi - farhana 2nd


af5 final - aswad - mata_hati_jiwa 3rd


af5 final aswad - bila_mati_cinta_terhenti 3rd


af5 final - heliza - cinta lautan lalang


konsert akademi af5 final - heliza cinta boneka


af5 final - candy - demam


konsert akademi af5 final - candy_dedebu_cinta

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home