Thursday, September 14, 2006

Laman web syarat dapat pinjaman – Khaled

pelik jugak aku...kenapa baru sekarang nak memikirkan kepentingan laman web sebagai hub perniagaan?...sebenarnya ia telah lama berlaku di China,Hongkong dan negara-negara yang banyak membuat pelaburan luar...sebagai contoh laman web seperti alibaba.com atau pelbagai lagi business directory boleh di perolehi di internet... laman laman ini membantu peniaga mencari peluang perniagaan atau menawarkan perniagaan...perniagaan kat Malaysia ni x celik It ker ehem ehem...baca laa laporan di bawah:

Laman web syarat dapat pinjaman – Khaled
DUBAI 13 Sept. – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sedang mengkaji kemungkinan mengenakan syarat ke atas setiap usahawan yang berhasrat mendapatkan pembiayaan daripada SME Bank supaya mempunyai laman web sendiri.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, syarat itu bertujuan memudahkan usahawan mempromosi, mengiklan dan memasarkan produk mereka dengan lebih luas.
“Kalau mereka menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) dalam perniagaan dan menjalankan perusahaan mereka, sudah tentu ia dapat meningkatkan pemasaran produk mereka yang, dengan sendirinya, menambah jualan dan seterusnya dapat membayar balik hutang,” katanya kepada Bernama di sini baru-baru ini.
Mohamed Khaled yang mengetuai delegasi perdagangan Malaysia ke Timur Tengah untuk mempromosikan produk halal Malaysia, ditemui selepas merasmikan pavilion Produk Halal Malaysia Untuk Dunia sempena Pameran Halal Antarabangsa Dubai (Dihas) 2006, hari Isnin lalu.
Beliau berkata, setakat ini kerajaan belum menetapkan sebarang peraturan untuk mewajibkan usahawan berbuat demikian.
Bagaimanapun, untuk menembusi pasaran antarabangsa, mereka perlu lebih celik IT dan keluar daripada pendekatan tradisional, katanya.
Mohamed Khaled berkata, kadar penggunaan IT di kalangan usahawan terutamanya usahawan mikro agak kurang dan memerlukan usaha bagi menanganinya.
Beliau berkata, idea untuk mengenakan syarat sedemikian tercetus hasil lawatannya ke Tejari FZ-LCC, di sini.
Tejari merupakan syarikat berkaitan kerajaan Dubai yang mengendalikan pasaran melalui Internet bagi membantu usahawan atau peniaga mendapatkan bekalan, mengendalikan perjanjian perdagangan serta memaksimumkan kapasiti pemerolehan secara dalam talian.
Setiap syarikat yang mendaftarkan perniagaan mereka di sini disyaratkan mendaftar dengan Tejari dan mempunyai laman web sendiri, yang membolehkan mereka menjalankan janji niaga dengan syarikat dari luar negara.
Mengenai pameran produk halal yang disertai 20 syarikat Malaysia itu, beliau yakin produk keluaran bumiputera boleh mendapat tempat di pasaran Timur Tengah memandangkan produk berkenaan berkualiti dan memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Dihas yang berlangsung selama tiga hari mulai hari ini turut disertai oleh Brunei Darussalam, Amerika Syarikat, Filipina dan Brazil.
– Bernama

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home