Monday, March 26, 2007

Konsert Minggu ke 2 Akademi Fantasia 5

Konsert penuh minggu ke 2 Akademi Fantasia ke 5 .

Labels:

Monday, March 19, 2007

Dafi mendapat undian tertinggi pada konsert AF5











Dafi peserta dari Kuala Lumpur ini mendapat undian tertinggi pada konset AF5 yang berlangsung pada sabtu lepas/
Saksikan persembahan Dafi di konsert AF5 pertama sabtu lepas.
Lagu asal nyanyian Billy Joel.




Lirik lagu Uptown Girl
Oooh...

Uptown girl
She's been living in her uptown world
I bet she never had a back street guy
I bet her mama never told her why

I'm gonna try for an uptown girl
She's been living in her white bread world
As long as anyone with hot blood can
And now she's looking for a downtown man
That's what I am

And when she knows what
She wants from her time
And when she wakes up
And makes up her mind

She'll see I'm not so tough
Just because
I'm in love with an uptown girl
You know I've seen her in her uptown world
She's getting tired of her high class toys
And all her presents from her uptown boys
She's got a choice

Oooh...

Uptown girl
You know I can't afford to buy her pearls
But maybe someday when my ship comes in
She'll understand what kind of guy I've been
And then I'll win

And when she's walking
She's looking so fine
And when she's talking
She'll say that she's mine

She'll say I'm not so tough
Just because
I'm in love
With and uptown girl
She's been living in her white bread world
As long as anyone with hot blood can
And now she's looking for a downtown man
That's what I am

Oooh...

Uptown girl
She's my uptown girl
You know I'm in love
With an uptown girl

My uptown girl
Don't You know I'm in love
With an uptown girl
My uptown girl
Don't You know I'm in love
With an uptown girl
My uptown girl

Nyanyian asal Billy Joel(saksikan video clip dibawah)

Thursday, March 08, 2007

Filem Mukhsin 8 Mac













Saksikan Filem Mukhsin Arahan Yasmin Ahmad di pawagam terdekat anda 8 Mac

Tuesday, March 06, 2007

'Melodi Ahlan' album terakhir Waheeda










Oleh Wahida Asrani(Wartawan Mstar)

Penglibatan penyanyi yang pernah mencipta nama menerusi lagu Wassini ini baru saja menginjak enam tahun.

Tidak dinafikan, walaupun sudah lebih tiga tahun tidak mempunyai sebarang album, nama Waheeda masih kukuh di persada seni berikutan pembabitannya sebagai pencipta lagu serta kemunculannya di dalam beberapa buah filem.

Namun sebenarnya dalam diam gadis berusia 29 tahun ini sibuk menyiapkan album penuh keduanya yang memakan masa hampir setahun setengah. Penat lelah Waheeda akhirnya berbaloi apabila album terbarunya, Melodi Ahlan bakal berada di


pasaran tidak lama lagi.

Pastinya kemunculan album terbaru penyanyi yang popular dengan imej bertudung ini amat dinanti-nantikan oleh peminat-peminatnya.

Namun, dalam keceriaan Waheeda menceritakan mengenai album terbarunya itu tatkala berkesempatan menemuinya baru-baru ini, dia meluahkan hasratnya untuk berundur daripada bidang nyanyian tidak lama lagi.


Waheeda sedia berundur dari bidang nyanyian bila-bila masa saja

“Sebenarnya, saya memang sudah bersedia untuk tinggalkan bidang nyanyian ini bila-bila masa saja. Bukan merajuk atau tidak puas hati dengan mana-mana pihak, tetapi saya merasakan jiwa saya lebih kepada penciptaan lagu, bukan sebagai penyanyi.

“Sedikit demi sedikit saya akan cuba ‘keluar’ daripada bidang nyanyian dan hanya beri tumpuan pada penciptaan lagu sahaja. Berkemungkinan ‘Melodi Ahlan’ akan menjadi album terakhir saya,” ujar Waheeda.

Menurutnya, dia sama sekali tidak merasa rugi untuk meninggalkan kerjaya seninya yang kini sedang memuncak. Yang penting, luah Waheeda, cintanya pada muzik masih kental walaupun sudah tidak bergelar penyanyi lagi.

“I love music so much! Saya akan terus dengan minat saya untuk mencipta lagu untuk mana-mana penyanyi. Saya tidak rasa tindakan saya mengecewakan peminat kerana saya masih berada di dalam industri ini walaupun hanya di belakang tabir,” tambahnya.

Kata Waheeda lagi, selain mencipta lagu, dia juga akan menumpukan perhatian kepada kerjaya barunya sebagai Pengarah Pemasaran di sebuah syarikat penerbitan yang baru disandangnya beberapa bulan lalu.

“Kemungkinan akhir tahun ini saya akan ke Dubai, menguruskan aktiviti pemasaran syarikat ini di sana. Saya sendiri tidak tahu berapa lama saya akan ditugaskan di sana.

“Sebab itu, jika saya jadi ke Dubai, saya mungkin akan terus berhenti menyanyi tahun ini juga,” ujarnya.

Ditanya tentang kerjaya barunya itu, Waheeda berkata, dia memang sudah lama ingin meibatkan diri di dalam bidang tersebut kerana minat, selain untuk mengaplikasikan semula apa yang telah dipelajarinya ketika mengikuti pengajian di dalam jurusan pemasaran di Kolej Ikram beberapa tahun yang lalu.

‘Melodi Ahlan’ tampil kelainan

Bagi yang pernah mendengar lagu Melodi Ahlan yang kini sedang hangat diputarkan di corong-corong radio, pasti sedar akan kelainan muzik yang dibawa oleh penyanyi ini, berbanding lagu-lagu di dalam album pertamanya dulu.

Menurut Waheeda, dia mengaku album ini memang mempunyai kelainan namun masih berkonsepkan world music.

“Lima daripada 10 buah lagu adalah ciptaan saya sendiri, manakala selebihnya adalah lagu-lagu ciptaan composer lain seperti Yassin, Cat Farish dan Hafiz UNIC.

“Menariknya, untuk lima buah lagu ciptaan saya itu, saya mengenengahkan lirik-lirik yang terdiri daripada lima bahasa iaitu Arab, Inggeris, Spanish, Hindi dan Shwahili (Afrika).

“Lirik-lirik tersebut adalah hasil karya rakan-rakan saya sendiri. Sengaja saya beri peluang ini kepada mereka agar mereka dapat ketengahkan bakat masing-masing,” kata Waheeda.

Selain Melodi Ahlan, empat buah lagu lain ciptaannya adalah Sindiran, Mahmum, I Sent a Prayer for You Today dan Aku Ana.

Lebih bermakna lagi, album yang didekasikan khas untuk keluarga, rakan-rakan dan peminatnya sendiri ini turut menyaksikan penampilan adik lelakinya, Mohd Khairuddin bermain gitar untuk beberapa buah lagu ciptaan Waheeda.

“Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan album ini. Lagipun, 50 peratus kos produksi adalah ditanggung oleh saya sendiri. Insyaallah, kemungkinan album ini akan dilancarkan pada 20 Mac ini,” jelas Waheeda lagi.

Dalam perkembangan lain, penyanyi ini juga turut ditawarkan mencipta lagu untuk album runut untuk sebuah filem.

“Setakat ini, semuanya masih di dalam perbincangan. Namun, saya memang amat terharu dengan peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh mereka kerana bukan mudah
Waheeda puas hati dengan pembikinan album terbarunya, Melodi Ahlan

untuk diberi peluang mencipta lagu bagi album runut filem,” katanya.

Selain lagu, Waheeda juga dipertanggungjawabkan untuk membuat kesan bunyi untuk beberapa buah babak di dalam filem terbabit.

Tertekan setelah putus cinta

Tiada siapa yang mengharapkan sesebuah hubungan yang terjalin atas dasar kasih sayang akan berakhir begitu saja.

Begitu juga yang diharapkan oleh Waheeda setelah menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka berdarah kacukan Arab, warganegara Singapura yang sedang menuntut di salah sebuah universiti tempatan di sini, kira-kira setahun lalu.

Namun, setelah pelbagai rancangan dibuat, termasuklah keputusan kedua-duanya untuk mendirikan rumahtangga pada tahun ini juga nampaknya terkubur begitu saja.

Bukan kerana curang, tetapi halangan daripada saudara-mara pihak lelaki yang tidak merestui hubungan tersebut menyebabkan pasangan kekasih itu terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah, walaupun perasaan cinta masih menebal di hati kedua-duanya.

“Memang sedih dan rasa tertekan sangat ketika itu. Kami berpisah waktu raya tahun lepas. Saudara-maranya tidak bersetuju dengan hubungan kami dengan alasan saya bukan berdarah Arab seperti mereka.

“Saya pernah berjumpa ibunya dan hubungan kami baik. Tetapi, saudara-maranya yang menghalang. Jadi saya terpaksa akur. Apapun, kami masih hubungi antara satu sama lain sebagai kawan,” luah Waheeda.

Ditanya sama ada dia sudah menemui cinta barunya, Waheeda sambil tersenyum berkata:

“Buat masa ini, saya tidak mahu fikir lagi tentang perkara itu. Mungkin juga bila saya ke Dubai nanti baru saya akan jumpa,” gurau Waheeda.