Monday, April 30, 2007

Aizat tersingkir walaupun persembahan terbaik

Konsert AF 5 menyaksikan Aizat tersingkir.Walaupun Aizat adalah perserta terbaik dalam setiap persembahan tapi Afundi tidak memihak kepadanya.Aizat tetap juara dalam AF 5 sebagai peserta terbaik dan akan sentiasa dikenang...sila tonton video dibawah untuk menyaksikan persembahan Aizat...saksikan lah bertapa tak adilnya Afundi terhadap Aizat...



Persembahan menarik yang lain

Dafi membawa lagu joget Angan Tak Sudah



Candy membawa lagu Tari Silat Melayu



Mila membawa lagu Dondang Dendang



Ebi membawa lagu Berdendang Dalam Tangisan


Aswad membawa lagu Penyu Menangis


shawal membawa lagu Joget Kaki Lima


Heliza membawa lagu Rindu Merindu


Persembahan semua pelajar dengan membawa lagu Joget Si Pinang Muda


Persembahan khas Aznil Nawawi dengan membawa lagu Ayah dan Ibu




Afundi terkini
ASWAD 26%
SHAWAL 16%
DAFI 15%
EBI 15%
HELIZA 11%
CANDY 9%
MILA 8%

Labels: , ,

Sunday, April 29, 2007

Siti tetap unggul di AIM14




Oleh : Radin Sri Ghazali (Mstar)

KUALA LUMPUR: Kemuncak Anugerah Muzik (AIM) ke-14 memaparkan penguasaan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza yang mendominasi kategori-kategori penting yakni Album Terbaik dan Album Pop terbaik menerusi Transkripsi pada acara yang berlangsung di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, malam tadi.


Namun, gelaran Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) yang disandangnya selama lapan kali dirampas oleh juara Malaysian Idol 1, Jaclyn Victor.

Sifu M.Nasir pula berjaya membawa pulang dua anugerah iaitu Lagu Terbaik menerusi Juwita Citra Terindah serta Album Pop Rock Terbaik dengan album Sang Pecinta.


Kejutan berlaku apabila penyanyi berambut cacak Reshmonu dinobatkan sebagai pemenang Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Album dengan mengalahkan M.Nasir serta Bob, Saleem dan Sean Ghazi.

Manakala penyanyi veteran Ahmadi Kassim pula memenangi Album Nasyid Terbaik menerusi Bahagia Berkasih sekaligus mengumumkan bahawa dirinya akan bersara daripada dunia nyanyian pada tahun 2007.

Anugerah Wirama pula diberikan kepada Pengurus Operasi Maestro, Freddie Fernandez berdasarkan sumbangannya terhadap pambangunan industri muzik tempatan.

Majlis yang diacarakan oleh Bob Lukman, Afdlin Shauki dan Adibah Noor itu turut mempaparkan persembahan yang bertenaga daripada artis-artis tempatan seperti Wings, Search, Datuk Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Sofaz dan kumpulan dari Indonesia, Samsons.

ARTIS BARU TERBAIK
Sean Ghazi

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (LELAKI)Reshmonu - Album: Superfine

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DI DALAM ALBUM (WANITA)
Jaclyn Victor - Album: Inilah...Jac

PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DI DALAM ALBUM
Raihan - Album: Tawakkal

ALBUM POP ETNIK TERBAIK
Syura - Album: Syahda Berdendang

ALBUM NASYID TERBAIK
Ahmadi Hassan - Album: Bahagia Berkasih

ALBUM POP ROCK TERBAIK
M.Nasir - Album: Sang Pencinta

ALBUM HARD ROCK TERBAIK
Search - Album: Gothik Malam Edan

ALBUM POP TERBAIK
Siti Nurhaliza - Album: Transkripsi

LAGU TERBAIK
Juwita...(Citra Terindah) - Artis: M.Nasir (Komposer: M.Nasir)

Tuesday, April 24, 2007

Persembahan AIzat di AF5 konsert ke 6

Persembahan konsert AF5 minggu ke 6 lalu berlangsung dengan persembahan-persembahan yang memberangsangkan dari semua pelajar.Aizat telah berjaya membuat persembahan yang mengagumkan dan mendapat pujian dari semua juri...saksikan video di bawah


Labels: , ,

Wednesday, April 04, 2007

EBI KEDUDUKAN TERATAS MINGGU INI

EBI peserta Akademi Fantasia 5 mendapat undian tertinggi pada konsert minggu ke 3 yang berlangsung pada ahad lepas.Persembahan Ebi boleh ditonton semula dibawah.


Labels: , ,