Saturday, December 23, 2006

Buli Balik monopoli Anugerah Skrin


Afdlin Shauki merupakan pemenang terbesar Anugerah Skrin ke 8 dan berjaya mengulang balik kejayaan Buli pada tahun 2005(Foto The Star)

Oleh Radin Sri Ghazali (Wartawan Mstar)

KUALA LUMPUR: Kejutan demi kejutan tercipta di malam Anugerah Skrin ke 8 yang berlangsung di PWTC semalam.

Nama-nama yang bergelar underdog menerusi bidang perfileman negara mencatat kemenangan luar jangkaan.

Hasnol Rahmat (Rock) dan Rozie Rashid (Gubra) dinobatkan sebagai pelakon lelaki dan wanita terbaik filem.

Hasnol berjaya mengalahkan nama-nama hebat seperti Afdlin Shauki serta Que Haidar menerusi filem berkonsepkan komedi manakala Rozie Rashid pula berjaya menundukkan teman selayarnya, Sharifah Amani menerusi filem Gubra.

Biarpun kalah menerusi kategori pelakon lelaki terbaik filem, Afdlin Shauki dianggap sebagai pemenang besar pada malam tersebut apabila dirinya menggondol sebanyak tiga buah trofi termasuk Lakon Layar Terbaik (Buli Balik), Filem Terbaik (Buli Balik) dan Pengarah Terbaik (Buli Balik).

Manakala untuk ketegori drama, Lebih Bisa Dari Jelatang memonopoli hampir kesemua trofi-trofi utama.

Khabir Bhatia dinobatkan sebagai pengarah terbaik manakala anak kepada pelakon veteran Azean Irdawaty, Ezra Erdalynna memenangi kategori pelakon pembantu wanita terbaik, mengalahkan nama-nama gah seperti Fauziah Nawi dan Jasmin Hamid.

Malah drama terbitan Pena Creative Pictures Sdn Bhd itu turut dinamakan sebagai drama terbaik Anugerah Skrin ke-8.

Siaran yang dipancarkan secara langsung itu dikemudikan oleh pelakon Nur Fazura serta pengacara Breakfast Show, Naz.

Nama-nama seperti Datuk Siti Nurhaliza Tarudin, Erra Fazira, Ruffedge, Kat Mentor, serta penampilan istimewa Kris Dayanti dan Anang membuat persembahan pada malam tersebut.

Antara penyampai-penyampai Anugerah Skrin ke 8 termasuk Awal Ashari, Datuk Rahim Razali, Rita Rudaini, Hans Isaac serta pelakon filem boxoffice, Heart, Nirina Zubir yang diterbangkan khas dari Indonesia.

KATEGORI DRAMA

Drama Terbaik: Lebih Bisa Dari Jelatang (Pena Creative Feature)

Pengarah Terbaik: Khabir Bhatia (Lebih Bisa Dari Jelatang )

Pelakon Lelaki Terbaik : Jamil Hamid (Di Pintu Syurga)

Pelakon Wanita Terbaik Drama: Safura Yaakub (Hari-Hari Terakhir Seorang Perempuan)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Tama Idris(Rintihan Dosa)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Ezra Erdalynna (Lebih Bisa Dari Jelatang )

Lakon TV Terbaik: : Lebih Bisa Dari Jelatang (Pena Creative Pictures)

Drama Bersiri Terbaik: Rafflesia (Asia Media content)

Komedi Bersiri: Mat Dom Teksi (Jabatan Drama RTM)

KATEGORI FILEM

Filem Terbaik: Buli Balik (Grand Brilliance)

Pengarah Terbaik: Afdlin Shauki (Buli Balik)

Pelakon Lelaki Terbaik: Hasnol Rahman (Rock)

Pelakon Wanita Terbaik: Rozie Rashid (Gubra)

Lakon Layar Terbaik: Afdlin Shauki (Buli Balik)

Sinema Alternatif Terbaik: Ciplak (Khalid Bahar)

LAIN-LAIN TERBITAN

Bual Bicara Terbaik: Macam-Macam Aznil (Kata) (Astro)

Dokumentari Terbaik: Ilmuwan Agama (Al Idris) (TV3)

Rancangan Hiburan Terbaik: Anugerah Bintang Popular 2005 (TV3)

Rancangan Muzik Terbaik: Anugerah Juara Lagu 20

Rancangan Realiti Terbaik: Celebrity Explorace (TV3)

Laporan Khas Terbaik: Laporan Khas Edisi 7


Wednesday, December 20, 2006

Mawi tolak adegan panas!




Radin Sri Ghazali (Wartawan Mstar)

Sejak Mawi mengumumkan dia akan menerima tawaran berlakon sebagai hero filem Aduh Saliha pada bulan Ramadhan yang lalu, ramai yang tertanya-tanya apakah perkembangan baru filem tersebut.

"Semuanya masih lagi dalam perancangan tetapi saya sudahpun memulakan kelas lakonan bersama-sama Cikgu Marlia Musa," ujar penyanyi yang berusia 25 tahun ini ketika ditemui di Jakarta sempena persembahan pada Malam Gala Titian Budaya Malaysia dan anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan baru-baru ini.

"Kami masih meneliti pengolahan skrip dan memastikan bahawa tiada adegan peluk ataupun aksi panas yang akan diselitkan. Adegan bersentuhan seperti berpegang tangan tidak merupakan satu masalah untuk saya tetapi saya harap kali ini tidak ada pihak yang salah anggap terhadap kenyataan saya," tegasnya lagi.

"Seronok berlakon saya memang menyukainya," ujar Mawi lagi yang jelas menunjukkan perasaan teruja dengan bidang lakonan.

"Ianya amat berbeza dengan nyanyian. Ia menguji saya daripada segi mental serta emosi. Malah, saya belajar untuk menunjukkan pelbagai emosi dengan penggunaan mimik muka. Memandangkan ini adalah kali pertama saya berlakon saya harus membuat persediaan yang rapi," ujar Mawi mengenai kelas yang diikutinya kira-kira sebulan yang lalu.

Ketiak ditanya siapa yang bakal menjadi pasangannya dalam filem ini, Mawi hanya tersenyum tetapi tidak dapat membayangkan seiapa lagi.

"Mungkin itu rahsia penerbit dan pengarah...," ujarnya lagi.

Adakah ini bermakna Mawi bakal mengikuti jejak langkah penyanyi Awie dan Yusry KRU, Mawi berkata ianya terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan.

"Biarlah saya berlakon filem ini dahulu dan kemudian membuat keputusan berdasarkan persembahan saya nanti."

Saya dan Ekin 'Hanya Kawan'

Jika beberapa bulan yang lalu, Mawi mencetuskan kontroversi mengenai penafian perkenalan bersama pelakon drama Ekin, kini Mawi agak terbuka untuk membicarakan isu tersebut.



"Saya tidak menafikan bahawa itu adalah salah saya. Saya tidak sepatutnya menafikan begitu sahaja. Pada waktu itu, saya berfikiran jika saya menafikannya, gosip itu akan dihentikan," jelasnya lagi mengenai penafian yang dilakukannya sehingga salah sebuah akhbar tempatan menyiarkan gambarnya bersama Ekin ketika sambutan Aidlfitri yang lalu.

Ketika ditanya jika Ekin pernah terguris hati dengan penafian yang dilakukan, Mawi berkata, "Saya rasa tidak kerana dia memahami situasi ini. Lagipun, kami hanya berkawan. Saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja dan tidak semestinya saya mempunyai sebarang perhubungan dengan mereka."

"Saya belajar daripada kesilapan. Ini adalah salah satu cara untuk mematangkan diri agar saya dapat memperbaiki diri sendiri," tambahnya lagi.





Mawi bakal tembusi pasaran Indonesia

Jika nama Datuk Siti Nurhaliza begitu sinonim dengan masyarakat Indonesia, kini Mawi mahu mengorak langkah menuju ke arah mengecapi sukses yang sama.

"Saya akan mengedarkan album saya yang berjudul Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu di Indonesia pada tahun hadapan. Malah, kami akan membuat arranggement baru agar ianya bersesuaian dengan pasaran di sini," ujar Mawi lagi yang bakal berkunjung ke negara tersebut sekali lagi pada bulan Januari nanti.

Bagi memastikan albumnya menembusi pasaran Indonesia, Mawi akan mengambil beberapa langkah agar dia dapat diterima oleh pendengar di sana.


"Tambahan pula, saya akan menggunakan perkhidmatan komposer dari Indonesia untuk menepati citarasa orang di sini," tambahnya lagi.

Mawi kini sudah mengeluarkan album terbarunya iaitu 'Satu Dalam Seribu' yang dilancarkan di kepulauan Mauritius baru-baru in bersama-sama peminatnya.

Lagu Mungkin Langitmu Lagi Biru merupakan single pertama daripada album ini.

Mawi memasang harapan agar ianya dapat mengulangi kejayaan yang sama seperti album-album yang lalu.

Sunday, December 17, 2006

Aziz Sattar - Hashimah selamat diijabkabul

































Oleh : Wahida Asrani (Wartawan Mstar)

SHAH ALAM: Pelakon veteran Aziz Sattar, 81,
selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihannya, Hashimah Delan, 48, di Masjid Negeri Shah Alam, pagi tadi.

Dengan hanya sekali lafaz, Aziz Sattar atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Aziz sah menjadi suami kepada Hashimah, yang mula dikenalinya kira-kira setahun lalu.

Hashimah berwalikan adiknya, Mohd Shukri Delan dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Khairuddin Haiyon sambil disaksikan oleh adinda Sultan Selangor Tengku Panglima Tengku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah dan pelakon Datuk Ismail Hudson.

Hashimah menerima mas kahwin sebanyak RM100 serta wang hantaran, RM 5,000. Pak Aziz juga turut menghadiahkan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan.

Majlis berlangsung sekitar jam 11 pagi itu diadakan secara sederhana tetapi meriah dengan kunjungan lebih 1,000 orang tetamu, terdiri daripada ahli-ahli keluarga, sanak-saudara serta rakan-rakan artis.

Antara tetamu yang hadir terdiri daripada penggiat-penggiat seni tanahair seperti Datuk Jamil Sulong, Datuk Sarimah Ahmad, Ahmad Jais dan Yusni Jaafar.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klang Datuk Zakaria Md Deros juga turut hadir memeriahkan majlis pernikahan itu. Manakala pelakon Betty Banafe dan Radhi Khalid menjadi pengapit pasangan pengantin dan majlis tersebut telah dikendalikan oleh penyanyi Nash.

Pada sidang media yang diadakan selepas itu, Pak Aziz dan Hashimah melahirkan rasa bersyukur kerana majlis pernikahan mereka selamat dijalankan tanpa sebarang masalah.

"Memang saya agak gementar sebenarnya hari ini. Maklumlah, sudah lama hidup menduda. Malam tadi pun susah nak tidur.

"Nasib baik ada ahli keluarga dan rakan-rakan yang hadir hari ini cuba kuatkan semangat saya," ujar Pak Aziz ceria.

Katanya lagi, dia amat gembira kerana ahli keluarga kedua-dua belah pihak menyambut baik keputusan mereka untuk berkahwin malah mendapat sokongan penuh daripada rakan-rakan artis juga.

Bagi Hashimah pula, dia sememangnya tidak menjangka akan bertemu jodoh dengan bintang filem itu setelah berkenalan dengan Pak Aziz pada satu majlis di Kuala Lumpur kira-kira setahun yang lalu.

"Saya sudah lama meminati dia, selalu tengok filem lakonan dia. Saya suka dengan karektor dia yang kelakar. Memang tujuan saya pergi ke majlis itu pun semata-mata untuk berjumpa dengan dia, setakat bergambar dan lihat dia dari dekat.

"Tapi sudah jodoh kami, saya sendiri pun tidak sangka akan berkahwin dengan dia. Dia juga ada ingatkan saya mengenai dunia hiburan ini dan minta agar saya memahami kerjayanya," kata Hashimah yang bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak.

Hashimah sebelum ini juga pernah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak.

Buat masa ini, pasangan tersebut masih belum merancang untuk berbulan madu, namun menurut Pak Azizi, jika keadaan mengizinkan, dia dan isteri berkemungkinan akan berbulan madu di Langkawi.

Majlis persandingan pasangan pengantin itu akan diadakan malam ini di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Kuala Lumpur yang diuruskan sepenuhnya oleh Persatuan Karyawan.

Zaini Sattar (adik):

"Saya gembira abang saya bertemu jodoh lagi. Kami semua (ahli keluarga) datang dari Singapura semalam dengan tiga buah bas untuk bagi sokongan pada dia."

Ruzaidah Aziz (anak kedua Aziz):

"Sebelum saya berjumpa aunty (Hashimah) lagi, memang ayah sudah ceritakan tentang dia pada saya. Alhamdulillah, mereka memang ada jodoh. Kami semua adik-beradik memang setuju dengan keputusan ayah untuk berkahwin lagi."

Dian Fadilah Zainal Ariff (anak kedua Hashimah):

"Kami gembira dengan pilihan ibu. Sewaktu mereka bercinta dulu pun, saya yang selalu hantar ibu keluar dating. Selepas raya, mereka rancang untuk berkahwin, kami adik-beradik semua turut gembira."

Datuk Sarimah Ahmad (rakan artis):

"Ini satu anugerah Allah untuk Aziz supaya ada orang yang akan menjaganya sampai hari-hari terakhirnya nanti. Sebagai rakan, saya cuma harap hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat."

Klik untuk melihat Video Pernikahan

Sumber : Mstar







Abang Aziz lucu orangnya - Hashimah
Oleh ABD. AZIZ ITAR (Utusan)


PELAKON dan pengarah veteran Aziz Sattar, 81, bukan sahaja kelihatan lucu dalam filem-filem lakonannya tetapi keletahnya itu turut terbawa-bawa hingga ke luar set penggambaran.

Justeru, tidak hairanlah perwatakan pengarah filem Tak Kisahlah Beb (1988) ini begitu bersahaja walau di mana juga beliau berada.

Karakternya yang lucu dan mudah didekati bukan sahaja memikat hati para peminat tetapi juga Hashimah Delan, 48, ibu tunggal anak tiga yang dinikahinya pagi Sabtu lalu.

Menurut Hashimah atau lebih mesra dengan panggilan Shimah, dia tertarik dengan sifat yang dimiliki oleh Aziz biarpun pelakon itu lebih tua 33 tahun daripada usianya.

“Bagi saya, Abang Aziz memang lucu orangnya dan dia juga suka mengusik orang. Saya memang minat dengan Abang Aziz sejak empat tahun lalu.

“Malah, anak-anak saya pun tahu. Saya minat menonton filem-filem lakonannya seperti Seniman Bujang Lapok, Aksi Kucing dan banyak lagi.

“Saya meminati karakternya daripada filem-filem lakonannya itu,” katanya pada sidang akhbar sejurus bergelar isteri seniman legenda itu.

Hadir sama menyaksikan upacara itu ialah adinda Sultan Selangor, Tengku Panglima Diraja Sulaiman Shah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang, Datuk Zakaria Md. Deros.

Meskipun gembira kerana sudah bergelar isteri selepas enam tahun menjanda tetapi Shimah tidak dapat menahan sebak sewaktu majlis pernikahannya di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Ibu kepada Fadli Ariff, 27, Dian Fadilah, 26, dan Dian Fazura, 21, itu menitiskan air mata apabila memandang anak-anaknya yang turut menyaksikan saat penting dalam hidupnya itu.

“Ketika majlis akad nikah saya tidak dapat menahan perasaan dan menangis apabila memandang anak sulung saya (Fadli Ariff).

“Saya terasa seolah-olah saya akan berpisah dan kehilangannya. Apapun saya bersyukur kerana kini semuanya sudah selesai,” ujarnya.

Shimah pertama kali bertemu Aziz pada Julai tahun lalu pada satu acara anjuran sebuah stesen radio di Taman Nirwana, Ampang, Selangor.

Pernikahan pasangan itu dengan mas kahwin RM100 dan wang hantaran berjumlah RM5,000 disaksikan oleh kira-kira 500 jemputan termasuk para peminat seniman legenda tersebut.

Bagi memudahkan orang ramai menyaksikan upacara itu, sebuah skrin besar telah dipasang di dalam Masjid Negeri Selangor itu.

Dedahkan

Sementara itu, anak kedua Aziz hasil perkahwinan pertamanya dengan Siti Rumiah, Rozaidah, 49, mendedahkan dia merupakan orang pertama yang diberitahu tentang calon isteri bapanya itu.

“Saya dan adik-beradik yang lain semuanya setuju dengan pilihan ayah. Memang sudah lama kami tunggu saat itu.

“Tetapi ada juga di kalangan cucu-cucu ayah yang kena perli apabila berita perkahwinan ayah disiarkan di suratkhabar.

“Tetapi kami tidak kisah, malah kami menyanyi beramai-ramai lagu ‘atukku kahwin lagi’ dengan si janda jelita (asalnya lagu Ayahku Kahwin Lagi nyanyian L. Ramlee),” katanya sambil ketawa.

Sanak keluarga bukan sahaja merestui tetapi memberi sokongan hubungan Aziz dengan Shimah.

Aziz yang merupakan anak ketiga daripada 10 adik-beradik juga pernah membawa Shimah ke Singapura pada bulan Ramadan lalu untuk menemui sanak saudaranya di sana.

Majlis bersejarah

Difahamkan dua buah bas disewa untuk membawa adik-beradik dan sanak-saudara Aziz dari Singapura bagi menyaksikan majlis bersejarah tersebut.

“Semua keluarga Aziz dari Singapura datang. Kami juga terpaksa menempah hampir 40 bilik hotel di Kuala Lumpur untuk memeriahkan majlis perkahwinan ini,” ujar Zaini, 72, yang merupakan adik kepada Aziz.

Selepas selesai akad nikah Aziz dan Shimah kemudiannya diraikan pada satu majlis resepsi di Restoran Puteri, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur bermula pukul 8 malam Sabtu lalu.

Majlis resepsi anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) itu menjemput 500 tetamu tetapi difahamkan hampir 1,000 tetamu memenuhi ruang restoran tersebut.

Aziz selepas acara memotong pulut kuning pada akhir majlis resepsi itu melahirkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada semua pihak yang telah menjayakan perkahwinannya itu.

“Alhamdulillah, pada malam ini saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan saya satu anugerah yang tinggi.

“Saya akan tatang anugerah ini hinggalah ke akhir hayat saya. Berjuta-juta terima kasih kepada Karyawan, Restoran Puteri, wartawan, Habsah Hassan, Rubiah Suparman dan lain-lain yang ambil berat tentang diri saya.

“Saya tidak dapat balas jasa mereka. Cuma doa saya agar Allah mencucuri rezeki ke atas mereka. Terima kasih juga kepada semua anak-anak, cucu dan cicit yang 100 peratus setuju dengan perkahwinan saya ini,” ujarnya.

Antara tetamu istimewa yang turut hadir pada majlis yang doanya dibacakan oleh guru al-Quran terkemuka tanah air, Datuk Hassan Azhari itu ialah Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah.

Sementara artis-artis yang menghiburkan para tetamu pada majlis yang diacarakan oleh Chuari Selamat itu terdiri daripada Datuk M. Daud Kilau, Datuk Julie Sudiro, Didi (AF4), Salih Yaacob dan Bob (AF2).

Saturday, December 16, 2006

Buah hati Maya Karin bukan ahli politik!



Maya kini mengakui bahawa dirinya kini mempunyai buah hati
(Foto The Star Oleh T.K Lim)

Maya diapit oleh rakan-rakan media yang banyak memberi sokongan moral dan publisiti kepadanya
(Foto The Star)





Oleh Radin Sri Ghazali (Penulis MStar)



2006 merupakan tahun yang cukup mencabar buat pelakon jelita Maya Karin.

Bukan sahaja sibuk dengan bidang lakonan dan dunia pengacaraan, imej bersih Maya cuba dicalarkan dengan gosip panas dan liar. Aktres jelita ini pernah digosipkan menjalin perhubungan dengan seorang personaliti politik popular yang sudah berkahwin di Malaysia.

Mungkinkah desas desus itu akan mati dengan sendirinya apabila empunya diri membuat pengakuan yang dirinya sudah berpunya.

Pelakon berkacukan Jerman-Melayu membuat pengakuan itu di majlis sambutan Hari Lahirnya yang ke 27 tahun baru-baru ini.

"Terlalu awal untuk saya klasifikasikan perhubungan ini. Saya hanya boleh katakan yang kami masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing," ujar pelakon jelita itu ketika majlis harijadinya di Hotel Maya baru-baru ini.

Sayangnya kelibat orang tersayang tidakpun kelihatan di majlis Maya. Namun gelagat Maya yang sering bergayut di telefon bimbitnya seolah-olah memberi gambaran yang dia sedang bercakap dengan buah hatinya. Dan pilihan hatinya adalah bukan orang Melayu.

Bila diusik, tanpa disedari Maya tercakap bahawa buah hatinya sedang bercakap dalam bahasa Melayu.

"Dia sedang belajar bercakap bahasa Melayu..," ujar Maya tersenyum lebar setelah menyedari yang dia sudah terlepas cakap.

Ketika ditanya adakah lelaki itu daripada sektor koprat mahupun politik, Maya hanya tersenyum dan menjawab," Tidak. Dia bekerja dalam sektor pembangunan sosial. Bukan politik ya!"


Dilahirkan dengan paras rupa yang cukup menawan, tambahan pula terdedah dengan kehidupan dunia artis, ianya sedikit sebanyak membuat pelakon dan penyanyi popular ini senantiasa menjadi buruan pihak media.

Dan sudah pastinya sesiapapun lelaki yang bertakhta di hati Maya masa ini, akan gusar dengan perhatian yang diberikan oleh pihak media ataupun mana-mana pihak VVIP terhadapnya.

"Pada peringkat ini, dia belum lagi menunjukkan perasaan gusar mahupun takut terhadap perhatian yang saya terima. Maklumlah, kami masih berada di tahap awal perkenalan.

"Semua pendedahan ini agak penting untuk dia mengenali serta menyelami kehidupan saya sebagai seorang artis agar dia boleh belajar menerimanya," jelas duta syarikat telekomunikasi CELCOM ini lagi.

Tidakkah pengacara Channel V ini ingin melangsungkan perkahwinannya secepat mungkin?

"Umur 27 tahun masih muda lagi untuk bernikah. Daripada segi emosi, saya masih tidak stabil lagi. Bagi saya, usia yang ideal untuk mendirikan rumahtangga adalah 30 tahun. Jadi, saya ada tiga tahun lagi untuk menyediakan diri ," katanya lagi.

Jelitawan yang turut menjadi wajah produk kecantikan L'oreal ini juga tegas menyuarakan bahawa dia mengambil masa bertahun-tahun untuk mengenali hati budi seseorang itu sebelum dirinya jatuh cinta apatah lagi untuk berkahwin.

"Kes cerai di kalangan orang Melayu kini amat dahsyat. Saya tidak kisah kahwin lambat asalkan rumahtangga saya kekal," katanya lagi.



Bakal Primadona filem Malaysia?

Pelakon yang sudah menempah kejayaan sebagai Pelakon wanita terbaik di Asia Pasifik pada tahun 2005 ini tidak mahu terburu-buru untuk mendapat gelaran primadona filem Malaysia.

Maya tidak kisah dengan kuantiti filem lakonannya yang sedikit berbanding dengan pesaing-pesaingnya seperti Erra Fazira yang sudah pun berlakon sebanyak 30 buah filem dan Fasha Sandha yang sudah membintangi 14 buah filem.

"Saya tidak mahu terburu-buru untuk bergelar primadona," tegasnya ketika ditanya jika dia risau mengenai pembabitan filemnya yang sedikit berbanding dengan Erra dan Fasha.

Walaupun Maya kini mendapat tujuh tawaran berlakon filem, dia cuma ingin menerima dua ataupun tiga tawaran sahaja.

"Saya pentingkan kualiti daripada kuantiti. Jika saya mengambil tawaran yang banyak pada satu masa, kemungkinan besar saya tidak akan melaksanakan tugas saya dengan baik.

"Biarlah sediikit asalkan saya dapat memberi komitmen kerja dengan sepenuhnya. Saya tidak kisah kalau saya hanya bergelar primadona filem pada usia 40 tahun," tegas pelakon wanita terbaik Festival Filem Malaysia 16 menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam 1 ini lagi.

Pelakon yang menjadi tunggak utama filem arahan Osman Ali 'Anak Halal' ini ingin sekali mengikut jejak langkah dan cara kerja idolanya, iaitu pelakon filem Indonesia Christine Hakim, yang cukup berjaya dalam 'Cut Nyak Dien'.

"Dia hanya menerima satu tawaran berlakon dalam masa setahun. Namun hasil lakonannya sungguh menakjubkan. Saya mahu jadi seperti dia," ujar Maya lagi mengenai pelakon yang sudah berkecimpung dalam industri lakonan di Indoenesia selama 30 tahun itu.


Sambutan harijadi ke-27 yang cukup bermakna

Walaupun hanya ditemani ibunya, Che Zan Bt Hassan di majlis harijadinya, sambutan tetap meriah.

"Saya memang sedih kerana ayah saya serta adik-beradik saya tidak dapat menghadiri majlis ini.

"Namun, saya bersyukur kerana saya mempunyai sebuah keluarga yang penyayang, sahabat-sahabat yang baik serta pekerjaan yang baik. I have a great life!," ujar Maya ketika sesi pemotongan kek harijadi bersama-sama ibunya.

Ketika ditanya apakah hajat yang masih tersimpan sempena hari lahirnya, Maya menjawab, "Saya tidak pernah mempunyai sebarang birthday wish kerana saya merupakan seorang yang realistik. Saya takut saya akan hampa jika saya gagal mengecapi hajat atau cita-cita saya.

"Cuma saya berharap agar saya dapat menjadi seorang insan yang baik dan dapat perbanyakkan lagi kerja-kerja amal. "

Friday, December 15, 2006

Rebah uji Diana Naim sebagai penyanyi


Oleh: WANDA IDRIS (Utusan)



PENUH perasaan...Diana Naim sewaktu merakamkan lagu Rebah.




HAMPIR dua bulan berkurung dalam studio rakaman, Nordiana Naim bersyukur pembikinan album debutnya telah pun selesai pada minggu lalu.

Menggunakan judul Duhai Hati, album itu merupakan sebuah album mini yang mengandungi enam lagu.

Mengapa enam lagu?

Menurut Nordiana yang mesra dipanggil Ina, album itu lebih merupakan satu pengenalan bagi dirinya sebagai penyanyi.

“Malah dengan lahirnya album itu, saya juga mahu dikenali sebagai Diana Naim, bukan lagi Ina seperti selalu,” jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Selain lagu Duhai Hati yang dicipta oleh penyanyi utama kumpulan Hijjaz, Munif Ahmad yang menggunakan nama Putra Aiman, lagu-lagu lain yang terkandung dalam album tersebut ialah Rebah, ciptaan Harun Ahmad, Lukisan Hati (Abai Os atau Faizal Osman yang juga merupakan anggota Hijjaz), Bersarang Di Hati dan Sempurna (Fauzi Marzuki) dan Mencari Dia (Yasin Sulaiman).

Album tersebut akan berada di pasaran mulai 18 Disember ini dan akan dilancarkan pada Januari depan.

“Mula-mula masuk studio rakaman memang saya gementar tetapi lama-kelamaan saya semakin yakin.

“Saya akui lagu pertama yang saya rakamkan iaitu Rebah merupakan lagu yang paling sukar dinyanyikan.

“Mungkin kerana itu pengalaman pertama saya memasuki studio rakaman.

“Lagi pula lagu itu memerlukan feel yang lebih. Tapi saya tidak mampu membawanya dengan baik pada awal-awal rakaman.

“Akibatnya saya terpaksa menjalani rakamannya sehingga lima kali,” cerita Nordiana yang menjadi artis naungan Hijjaz Records.

Bekas tunangan Mawi itu juga menolak dakwaan bahawa lagu yang ditulis liriknya oleh Moniz itu berkait dengan kisah percintaannya yang putus di tengah jalan.

“Bagi saya lagu itu memang hebat daripada segi melodi dan lirik malah saya tidak boleh menafikan bahawa orang akan mengaitkannya dengan diri saya.

“Tetapi terus terang saya katakan, lagu yang diilhamkan oleh abang Harun itu sebenarnya menceritakan tentang kisah kehidupannya,” kata anak kelahiran Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor itu lagi.

*Dilatih Cikgu Syafi

Lagu terakhir yang dirakamkan Nordiana ialah lagu Sempurna dan sepanjang dua bulan rakaman dijalankan, Nordiana mendapat tunjuk ajar daripada Syafizawati Sharif yang terkenal dengan panggilan Cikgu Syafi, bekas guru vokal Akademi Fantasia musim lalu (AF4).

“Saya bersyukur kerana Cikgu Syafi tidak jemu-jemu membantu saya malah dia memberitahu vokal saya meningkat dari hari ke hari,” katanya.

Menurut Nordiana, setiap kali sebelum memasuki studio rakaman, Cikgu Syafi akan memintanya memanaskan diri terlebih dahulu.

“Selalunya saya akan melontar suara dan berlatih bernafas,” kata Nordiana.

Memilih Cikgu Syafi sebagai guru vokal kerana pengalamannya, Nordiana juga mengakui, selesa belajar di bawah pengawasannya.

“Dia seorang yang sangat memahami,” katanya lagi.

PEMBIKINAN ALBUM

Artis: NORDIANA NAIM

LAGU: REBAH

CIPTAAN: HARUN AHMAD

ALBUM: DUHAI HATI

KONSEP: POP

STUDIO: STUDIO HIJJAZ, DATARAN SUNWAY, KOTA DAMANSARA, SELANGOR

DI PASARAN: 18 DISEMBER 2006

HARGA: RM12.90 (KASET) & RM19.90 (CD)

Wednesday, December 13, 2006

Penangan Bawang Merah Bawang Putih

Oleh WANDA IDRIS (Utusan)



KATA si ibu tiri Bawang Putih, Helsi Herlinda yang mendukung watak Rika Sumanto sewaktu sidang akhbar dan majlis pelancaran VCD Bawang Merah Bawang Putih di Sri Pentas petang Jumaat lalu, dia pernah diserang oleh sekumpulan peminat gara-gara lakonannya itu.

“Habis saya dipukul sana sini hingga lebam dan luka. Takut juga mengingatkan peristiwa saya diserang di lokasi. Tapi saya tidak menyalahkan mereka.

“Mungkin mereka terlalu emosi sehingga tidak dapat membezakan realiti dan lakonan. Apa yang penting, walaupun saya dibenci tetapi watak saya itu tetap dirindui,” kata Helsi sambil ketawa.

Justeru, dia memberitahu, tidak henti-henti berdoa ketika dalam perjalanan ke Malaysia agar tiada musibah yang melandanya ketika di negara ini.

“Jangan sampai datang cantik, baliknya jelik. Tapi bila menjejakkan kaki sahaja di lapangan terbang, saya lega. Orangnya baik-baik dan ramah sekali,” katanya sambil tersenyum mesra.

Dan nyata, kehadirannya itu bersama aktor Dimaz Anrean yang melakonkan watak Ferdi mendapat sambutan hangat pada sesi bertemu peminat yang diadakan selepas sidang akhbar itu.

Khabarnya hampir tiga ribu peminat hadir memenuhi perkarangan Sri Pentas di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor gara-gara ingin melihat lebih dekat pelakon-pelakon berkenaan.

Mereka bukan sahaja sanggup berasak-asak malah tidak segan silu tampil ke pentas menggayakan watak-watak utama drama popular itu baik kanak-kanak, para gadis dan wanita serta lelaki muda.

Begitulah penangan drama Bawang Merah Bawang Putih yang pernah mencetuskan kontroversi apabila dibahaskan pada Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.

Helsi, Dimaz dan pelakon utamanya, Revalina S. Temat yang mendukung watak Alya didatangkan khas ke Kuala Lumpur khusus untuk mempromosikan VCD yang diterbit dan diedarkan NSR.

Mereka bertiga juga telah mengadakan kemunculan istimewa pada Karnival Jom Heboh yang diadakan pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, pendukung watak Siska, Nia Ramadhani tidak dapat hadir kerana terikat dengan penggambaran.

Rating 3.5 juta

BIARPUN dilanda kontroversi kerana dikatakan memaparkan unsur khurafat yang melanggar akidah umat Islam, drama yang disiarkan TV3 itu nyata terus mendapat sambutan penonton.

Sehingga episodnya yang ke-76, kata Pengurus Jenama, Kumpulan Pengurusan Jenama Women@TV3, Santokh Singh, drama seberang itu telah mencatat rating 3.5 juta.

“Malah dengan hampir 75 peratus penonton pada satu-satu masa, kami percaya ratingnya akan meningkat lebih banyak menjelang episod terakhir,” kata Santokh optimis.

Tinggal tidak sampai 40 episod lagi, di Indonesia, drama Bawang Merah Bawang Putih pernah menduduki tangga teratas selama lebih setahun.

“Sememangnya di Indonesia sendiri menerima sambutan yang luar biasa. Saya percaya, walaupun ada watak antagonis, tapi kerana penontonnya menonton dengan pemikiran terbuka, audiens mampu menjadikan sisi tidak baiknya sebagai satu panduan dan pedoman,” tegas Helsi.

Baru berusia 32 tahun, kata Helsi lagi, dia hanya serius dalam bidang lakonan sejak mendirikan rumah tangga tiga tahun lalu.

Sebelum ini dia pernah terlibat dalam bidang pengacaraan, menari dan menjadi model iklan.

Dimaz sudah ada kekasih

SEMENTARA Dimaz Anrean mengakui kolaborasi dengan Revalina S. Temat, Nia Ramadhani, Helsi Herlinda dan Lydia Kandou memberinya cabaran untuk menjayakan wataknya sebagai Ferdi.

“Sebagai orang baru memang pada awalnya saya gementar berlakon bersama mereka. Tapi ia satu cabaran bagi saya untuk melakukan yang terbaik.

”Malah selepas menjayakan drama itu, saya mendapat banyak tawaran berlakon,” kata Dimaz yang akan turut terlibat dalam pembikinan drama Hikmah 3 tidak lama lagi.

Dimaz terlibat dalam drama Hikmah 1. Bagaimanapun aktor itu tidak muncul dalam kesinambungan Hikmah 2.

Mengakui sudah berpunya, pelakon baru bernama Nuri merupakan gadis yang berjaya menambat hatinya.

“Kami bertemu di lokasi penggambaran drama romantik berjudul Katakan Kau Mencintai Aku dan akhirnya kami jatuh cinta,” kata Dimaz tanpa berselindung.

Saturday, December 09, 2006

Sekitar Persandingan Dr. Fazley


Gambar-gambar sekitar persandingan Dr Fazley dan Azreen.Semoga berbahagia keakhirnya....







Thursday, December 07, 2006

Gambar Persandingan Dr. Fazley

Sekitar persandingan Dr.Fazley dan isteri baru-baru ini




Sunday, December 03, 2006

Siti Nurhaliza akan bergelar Hajah Tahun depan

Laporan Dari media Indonesia

Buatkan Suami Teh Tiap Pagi

Menikah bukan akhir karir cemerlang Siti Nurhaliza. Setelah menyandang status istri Datuk Khalid Mohamad Jiwa, wanita berumur 27 tahun ini malah merasakan banyak anugerah yang mampir kepadanya. Di sela-sela pemilihan Gadis Pantene 2006, diva negeri jiran itu membagi kisahnya kepada Jawa Pos di studio Trans TV, Jakarta, Minggu malam lalu.

Bagaimana rasanya setelah menjadi seorang istri?

Siti lebih berbahagia. Kalau dulu banyak godaan, sekarang sudah ada di bawah jagaan seorang suami. Saling hormat, jujur, punya shoulder to cry on. Ini adalah satu fase hidup yang lebih matang.

Bagaimana cara Siti membagi tugas antara istri dan peran sebagai artis?

Bukan hal mudah bagi wanita untuk berjaya. Ya, berjaya dalam urusan karir maupun jaya sebagai istri. Nantinya berjaya sebagai ibu kalau sudah punya anak-anak. Tapi, Siti tak perlu risau. Apa pun perkaranya, syukur alhamdulilah suami bisa mengerti. Sekarang memang jadi tambah sibuk. Apalagi, untuk acara Pantene ini, Siti harus lebih sering bolak-balik Jakarta-Kuala Lumpur. Tapi, Datuk mengerti. Dia mengenal Siti ketika Siti sudah menjadi selebriti. Jadi, dia memahami dan mendukung Siti.

Kalau bepergian lama untuk urusan karir, adakah hari pengganti untuk keluarga?

Sistem penggantian hari seperti itu belum terkonsep oleh Siti. Hanya, Siti memang harus cepat pulang. Kalau dulu setelah show di Jakarta Siti bisa shopping-shopping dulu, sekarang kalau memang pekerjaan sudah selesai, Siti langsung pulang. Tempat belanja favorit Siti di Jakarta itu Mangga dua dan Plaza Senayan.

Dalam seminggu, bagaimana pembagian hari untuk keluarga dan karir?

Setelah menikah, saya usahakan tiga atau empat hari untuk bekerja. Sisanya, tiga atau dua hari spend time untuk keluarga.

Bagaimana kegiatan Siti setiap hari?

Hampir setiap minggu Siti sibuk karena ada program mentor (kalau di Indonesia Bintang Cari Bintang). Siti juga masih berkantor untuk mengawasi bisnis C-Tea, staf-staf juga. Selain itu, memantau Siti punya manajemen. Tapi, untuk yang ini, Siti bisa ready di rumah saja, cukup memantau up-to-date-nya dari rumah.

Kalau boleh dipersentasekan, berapa angka prioritas Siti untuk keluarga?

Sebanyak 59 persen (tertawa) untuk keluarga. Memang ini tidak mudah. Harus pandai-pandai juga mengatur waktu dan menjaga keluarga. Karena rumah tangga itu bergantung pada kami berdua. Kalau bukan kami yang menjaga, ya siapa lagi. Kegagalan dalam rumah tangga kan tidak bisa menyalahkan siapa-siapa.

Setelah menikah, lalu umrah. Ada rencana pergi haji?

Tepatnya Ramadan kemarin, Siti dan Datuk melaksanakan umrah. Bagi Siti, ini umrah yang keempat. Siti bahagia. Insya Allah tahun depan Siti mau jadi hajah. Ini sudah Siti planning jika memang ada rezeki dan direstui.

Apa saja yang Siti lakukan setelah menjadi seorang istri?

Masak untuk suami. Kebetulan taste kami sama. Suka yang pedas-pedas. Tapi, belum bisa masak yang banyak lauk karena nggak sempat. Hanya masak makanan kampung. Siti juga buatkan teh untuk suami setiap hari, kecuali kalau sedang ke luar kota begini.

Rencana untuk mempunyai momongan?

Doakan saja. Siti dan Datuk memang sudah bersedia. Kalau memang diberi rezeki di awal, tentu Siti akan sangat berbahagia.

Datuk pernah cemburu kepada Siti yang begitu sibuk?

Ke mana pun Siti pergi selalu dalam dampingan keluarga. Ada Abang, adik Siti sendiri. Jadi, Datuk percaya karena di mana pun Siti berada selalu ada keluarga yang ikut serta. Lagi pula, Siti juga izin ke suami. Kalau dulu izin ke orang tua, sekarang harus suami. Jadi, selama ini tidak ada cemburu.

Siti pernah jenuh dengan keseharian Siti sebagai artis?

Alhamdulilah tidak. Inilah dunia Siti. Semua kegiatan Siti yang dipantau penggemar dan pers dianggap sebagai penghargaan yang indah. Siti sudah hidup begini 11 tahun. Sudah get used to it (terbiasa).

Apa yang membuat Siti kangen pada Jakarta?

Makanannya. Siti selalu pesan disediakan bakso setiap kali ke Jakarta. Selain itu, Siti suka masakan Padang. (nik)

Kalau x faham Baca Istilah di bawah:

Karir : Karier
Fase : fasa
Peran : Peranan
Manajemen : Pengurusan
persentasen : peratusan
prioritas : Keutamaan
Momongan : Cahaya mata
Pers : Wartawan
Kangen : Rindu

Di translasi oleh Admin apa-sajer.blogspot.com

Saturday, December 02, 2006

Apa Makna Cinta Kepada Anda?

Filem Cinta di Pawagam 30 November 2006


















OST Cinta -Perpisahan Anuar Zain



Perpisahan
Anuar Zain


Ku mengerti perpisahan ini
Bukan kerana kau membenci
Tapi kasih yang pernah ku beri
Tiada lagi bersama

Sering kala aku terlihatkan mu
Impian nan indah julang bahagia

Ku harungi hari demi hari
Bersama wajah tak mungkin akan kembali
Tapi hati masih tak terima
Ditinggalkan sengsara

Keraguan ini bukanlah padamu
Perasaan hati masih rindu
Kekalutan ini hanyalah untukku
Tercari-cari bayanganmu

Tak sanggup aku kehilangan
Kehilanganmu
Oh...oh.....
Yea...yea.....

Masih tercari-cari
Keraguan ini bukanlah padamu
Masih tercari-cari bayanganmu
Tak sanggup aku kehilanganmu


Tuesday, November 28, 2006

Diatas Permintaan...

Aha walaupun Syawal dah pun kita tinggalkan tapi ada yang masih teringatkan rancangan Hari Raya salah satu rancangan Hari Raya yang meninggalkan kesan adalah konsert Fenomena Seni Siti Nurhaliza dan Saiful Apek.Diatas permintaan saya sediakan klip dibawah ini untuk tatapan semua...:)

Monday, November 27, 2006

Maya manis bertudung di Terengganu, Kelantan


Oleh Zubir Mohd Yunus (Wartawan Bintang Popular Berita Harian)


PASTI ramai yang sudah melihat billboard terbaru Celcom yang memaparkan dutanya, Maya Karin berposing bersama telefon bimbit memperagakan keunggulan syarikat telekomunikasi terkemuka itu bersama tag line, Celcom Kuasa Di Tangan Anda.


Anda juga berpeluang melihat betapa cantiknya rambut Maya, namun kepada mereka yang baru berkunjung ke negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu, jangan terkejut melihat Maya bertudung litup.

Perkara ini disampaikan kepada Zubir oleh seorang teman yang pulang bercuti berhari raya di Kuala Terengganu, baru-baru ini. Zubir sebenarnya tidak sabar melihat wajah Maya mengenakan tudung. Justeru, Zubir meminta pertolongan pihak Celcom mengirimkan kedua-dua versi Maya Karin, bertudung dan tanpa tudung.

Lihatlah sendiri, manisnya Maya bertudung ala-ala Waheeda gitu! Tapi, biasalah orang secantik Maya, pakai apa saja pun cantik, jadi `pontianak' pun cantik!

Menurut kenyataan media dari sumber rasmi Celcom yang dikirimkan kepada Zubir, memaklumkan Maya perlu bertudung untuk muncul di billboard Celcom di Kelantan dan Terengganu kerana perlu mematuhi undang-undang kecil iklan kerajaan negeri berkenaan.

Maya yang dilabel power icon oleh Celcom mengikat kontrak sebagai duta selama setahun mulai Julai lalu.

"Saya tak sangka, impian untuk melihat wajah sendiri terpampang di billboard satu hari nanti, akhirnya menjadi kenyataan. Lebih beruntung saya tampil dengan dua versi," kata Maya yang dihubungi.

Sementara itu, Maya sempat memberitahu Zubir, dia menjemput peminat menyertainya dalam misi pencarian harta karun di Berjaya Times Square, KL pada 12 November ini mulai jam 8 pagi bersempena mengisi tabung amal hidupan liar sedunia (WWF).

Saturday, November 25, 2006

Awie dan Isteri bersanding



Oleh Muhd Izawan Baharin dan Ahmad Syahrul Derauh(Wartawan Harian Metro)

PORT DICKSON: “Biarlah apa orang nak kata. Mereka tak tahu perkara sebenar dan saya tidak kisah apa yang mereka hendak cakap,” kata Rozana Misbun, isteri vokalis utama kumpulan Wings, Awie atau Ahmad Azhar Othman berhubung tohmahan dia merampas suami orangMenurut Rozana, 27, dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan keluarga suami, malah keluarganya merestui perkahwinan itu.

“Ibu bapa kami faham (apa yang berlaku). Saya terima perkahwinan ini sebagai jodoh saya,” katanya.

Rozana atau nama mesranya Joanna berkata demikian pada majlis persandingannya dengan Awie di Banglo Air Hitam, Batu 9 di sini, malam tadi.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 2,000 tetamu terdiri daripada anggota keluarga dan kenalan rapat itu, Awie turut menyambut hari jadinya yang ke-38.

Awie yang memakai sut lengkap berwarna hitam manakala isterinya memakai gaun putih tiba ke banglo itu jam 8.45 malam diiringi kira-kira 30 pengiring berkot serba hitam.

Pasangan pengantin yang bernikah setahun lalu itu dihiburkan dengan persembahan tarian kebudayaan dan silat.

Pada majlis itu, Awie turut menyarungkan gelang ke tangan isterinya sebagai simbolik cinta mereka dan memotong kek hari jadi.

Antara artis yang kelihatan adalah Hattan, Afdlin Shauki, anggota kumpulan Wings iaitu Joe, Eddie dan Black.

Ketika ditanya sama ada Rozana bersedia bertemu dengan bekas isteri Awie, Arni Nazira Anuar, 28, adik kepada aktres Haliza Mizbun itu mengatakan dia langsung tidak menyimpan hasrat untuk bertemu dengannya.

“Kami tidak pernah berjumpa dan saya tidak akan berjumpa dengannya,” katanya.

Menurutnya, hubungannya dengan dua anak Awie, Puteri Aleeya Antasha, 6, dan Puteri Aleefa Antasha, 3, cukup akrab.

“Alhamdulillah mereka dapat menerima saya dan hubungan kami amat akrab,” katanya.

Rozana turut memuji suaminya sebagai seorang yang baik dan mempunyai sifat penyayang.

Sementara itu, Awie berkata, apa yang berlaku sebelum ini tidak perlu diungkit dan berharap perkahwinannya kekal abadi.

“Hidup mesti diteruskan. Harapan saya (perkahwinan itu) sama macam dulu. Semua orang yang berkahwin ingin hubungan itu kekal abadi dan aman damai. Macam itulah juga saya, saya mahukan kedamaian dalam hidup dan rumah tangga,” katanya.

Awie bercerai dengan Arni pada 16 Oktober lalu

Majlis Merai Perkahwinan Lambang Kasih Sayang Awie Buat Isteri
Oleh WANDA IDRIS (Wartawan Utusan)


“JANGANLAH menganggap majlis ini sebagai satu balas dendam. Tidak... Saya adakan majlis ini atas rasa tanggung jawab saya sebagai seorang lelaki, suami dan bapa.

“Juga sebagai tanda terima kasih saya kepada keluarga pihak isteri yang menerima baik perkahwinan ini kerana mereka percaya manusia tidak pernah mampu untuk melawan takdir.

“Dan lebih penting, ia adalah lambang kasih sayang saya kepada isteri, jadi janganlah lagi hendaknya menyentuh perkara-perkara lalu. Saya sudah tidak mahu mengungkit hal lama.

“Saya mahu teruskan hidup, berbahagia dan sentiasa berdoa agar perkahwinan ini kekal abadi.”

Demikian tegas Awie yang mahu umum memahami bahawa majlis resepsi yang dilangsungkan pada malam Jumaat lalu di sebuah banglo persendirian di Batu 9, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan itu bukan untuk menunjuk-nunjuk.

“Kerana itu majlisnya tidak berlebihan. Saya adakan secara sederhana sahaja. Buat apa yang termampu,” kata Awie yang buat pertama kalinya memperkenalkan secara rasmi isterinya, Rozana Misbun kepada khalayak selepas berkahwin lebih setahun lalu.

Awie, 39 dan Rozana, 27 yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun telah bernikah pada 20 Jun tahun lalu setelah tiga tahun berkawan.

Perkahwinan kedua Awie itu menjadi kontroversi apabila dikatakan penyebab punca keruntuhan rumah tangganya dengan pelakon/penyanyi Arni Nazira Anuar, 28 apabila Arni menuntut cerai setelah lapan tahun berkahwin.

Mereka yang mempunyai dua cahaya mata, Puteri Aleeya Antasha, enam dan Puteri Aleefa Antasha, empat kini berada di bawah penjagaan Awie.

Pada majlis yang dihadiri kira-kira 2,000 tetamu yang juga diadakan bersempena ulang tahun kelahiran Awie, penyanyi rock itu turut memakaikan seutas gelang emas bertatahkan batu permata bernama Awie di tangan kanan Rozana sebagai simbol pertautan kasih sayang mereka.

Merancang majlis meraikan perkahwinannya itu sejak lebih seminggu lalu, Awie dan Rozana turut diiringi kedua-dua anak Awie, Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa sebagai gadis bunga.

Hadir sama memeriahkan majlis ialah kedua ibu bapa Awie, Othman Maarof dan Azizah Abdul Hamid serta adik dan abang Rozana, Amanda dan Rosman serta beberapa rakan artis yang terdiri daripada anggota Kumpulan Wings, Afdlin Shauki dan Bob Lokman yang bertindak sebagai pengacara majlis.

Malu-malu

Rozana atau nama manjanya Joanna yang kini hamil empat bulan pula kelihatan malu-malu apabila ditanya mengenai perkahwinannya itu.

“Kami mula berkenalan sejak 2002 apabila bertemu di sebuah restoran. Saya memang peminatnya dan sejak pertemuan itu, kami mula berkawan rapat,” kata Rozana yang amat meminati lagu Sejati, dendangan Awie bersama Wings.

Ditanya mengenai pandangan negatif sesetengah pihak terhadap suaminya, tegas Rozana, “Dia lembut sebenarnya... Saya sukakan Awie kerana orangnya baik.”

“Malah dia langsung tiada masalah dengan anak-anak saya. Mereka sangat mesra dan manja,” pintas Awie sambil membayangkan mahukan anak seramai yang mungkin membuatkan Rozana tersimpul malu.

Mengenai kontroversi perkahwinannya, kata Rozana, dia tidak mahu ambil peduli dengan kata-kata orang.

“Mampukah kita menidakkan ketentuan Tuhan,” ujarnya lembut, satu ciri yang membuatkan Awie terpikat kepada Rozana selain seorang yang penyayang dan manja.

Malah kata Awie, Rozana bukan sahaja menepati ciri wanita pilihan, lebih penting, tiada jurang komunikasi dalam perhubungan mereka.

“Saya percaya dengan komunikasi dan dia mampu berbual dalam apa juga topik dan kami boleh bertukar-tukar pendapat. Itu yang bagus,” kata Awie lagi.

Apa Makna Cinta Kepada Anda?

Filem Cinta di Pawagam 30 November 2006


















OST Cinta -Ikhlas Tapi Jauh nyanyian VE


Tuesday, November 21, 2006

Gambar Siti Nurhaliza di Kuala Lipis

Waaah bersahaja Siti Nurhaliza ...peminat Siti memang rindu sokmo ngan Siti :) ehem Siti dah ada orang punyer ihikss











Pencuri laptop

Lihat betul betul bagaimana laptop diatas meja itu di curi...ini adalah peringatan kepada anda jangan mudah membawa masuk orang tidak berkenaan ke dalam pejabat(selalunya salesman)dan jangan lepa atau hilang pandangan terhadap barang berharga anda yang mudah alih seperti henfon atau laptop kerana ia sangat mudah dicuri...


What A Theft... - video powered by Metacafe

Monday, November 20, 2006

Rozita tidak ada lelaki berani ‘mengendeng’

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN (Wartawan Utusan)



SUDAH lama benar hati ingin berkenalan dengan empunya diri yang satu ini dek kerana kemolekan parasnya. Entah mengapa akhir-akhir ini banyak rakan wanita saya yang menjadi ‘pemuja’ drama Melayu selalu bercakap tentang wanita yang seorang ini.

Sudah tentu cerita mereka lengkap dengan dialog melambung-lambung, memuji-muji si Juwita yang dipuja M. Nasir dalam video klipnya ini.

“Dia tu berlakon tanpa solekan pun cun juga. Jatuh hati dibuatnya,’’ kata rakan berkenaan.

Seorang lagi rakan mencelah, “yalah, macam dah lama berlakon. Cantik, macam anak dara,’’ katanya.

Itu kata hati rakan wanita, belum lain yang berlawanan jenis yang sibuk bertanyakan siapa gerangan wanita ini?

Saya Melayu jati!

Nah, minggu ini kita berkenalan dengannya. Rozita Che Wan, wanita berdarah Melayu jati, meskipun banyak yang menyangka dia mewarisi darah kacukan ibu bapa.

“Kacukan? Mana ada. Saya Melayu jati. Emak dan ayah memang orang Melayu, tak ada kacukan India ke Cina ke, jauh sekali kacukan Inggeris. Saya Melayu asli,’’ katanya dalam bahasa cukup ramah tamah.

Pertama kali kami bersua, bertentang mata dengan si pemilik ketinggian 5 kaki 7 inci.

Dengan ukuran badan 36,24,36 dia tampak menyerlah (argh, saya cemburu, sungguh).

Berasal dari Kedah, wanita ini belum sampai dua tahun usianya dalam dunia lakonan tetapi wajahnya sudah serasi di kaca televisyen kita.

Dia adalah pelakon yang sedang meningkat naik, bagaikan bunga yang sedang mekar di taman indah.

Sebelum bergelar artis, Rozita sudah meraih dunia glamor sebenarnya.

Sepuluh tahun dulu dia adalah bintang di awan biru. Tiga tahun bersama syarikat Penerbangan Malaysia, dia banyak menimba banyak pengalaman.

Dunia pramugari yang serba ‘glamor’ sebenarnya banyak memberi peluang untuk dia lebih mengenali kehidupan dan manusia lain walaupun hanya dalam masa tiga tahun sahaja.

Selepas meninggalkan kerjaya pramugari, Rozita memilih bekerja di sebuah syarikat arkitek sebagai setiausaha kerana tidak sanggup lagi terus hidup berterbangan.

Jiwa yang renyah kerana terkongkong dek jadual kerja yang menjemukan sekali lagi, membuatkan dia kemudian beralih ke dunia peragaan. Itu pun secara tiba-tiba apabila ajakan adik perempuannya untuk ke sesi uji bakat membawa tuah.

Lamaran berlakon komersial tidak sama sekali dilepaskan oleh anak kedua dari tujuh beradik ini.

“Meskipun cinta saya pada awal tertumpah ke bidang peragaan, tetapi selepas itu saya beralih ke dunia lakonan pula apabila ada tawaran.

“Pun begitu jika ada tawaran peragaan atau iklan komersial, pasti saya tidak akan menolak peluang sama sekali,” katanya.

Mana mungkin terus melupakan dunia peragaan yang sudah membawa banyak rezeki kepada hidupnya.

Bayangkan dalam tahun 2005 sahaja, dia menerima lebih 25 tawaran berlakon iklan dan pernah dibawa sehingga ke Istanbul, Turki dalam memenuhi tugasan sebagai model iklan.

Mengimbas permulaannya dalam dunia penuh glamor, Rozita bermula dalam dunia peragaan. Antara komersial yang pernah ‘meminjam’ aura wajahnya ialah Gen2, Celcom, Ambank dan banyak lagi.

Berkenaan lakonan pula, dia bermula dengan drama Cinta Terhalang arahan Shaharuddin Thamby dan selepas itu si jelita ini terus mendapat tawaran demi tawaran silih berganti.

Selain itu Rozita juga mejadikan drama Lagu Untuk Dewi yang dilakonkan bersama Zamarul Hisham dan Sesuci Cinta Sofea di samping Rosyam Nor sebagai pembuka laluan yang lebih lebar kepadanya dalam lakonan.

Berlakon bukan untuk menjerat

Sudah makin popular, dikejar pengarah dan penerbit sehingga diari harian kian terusik, tidakkah mendapat perhatian orang ternama dan popular.

Bukankah soal biasa bagi wanita cantik dan ternama akan menjadi perhatian mereka Datuk-Datuk, Tan Sri-Tan Sri malah mana-mana kerabat juga.

Diusik dengan soalan sebegitu Rozita hanya ketawa kecil.

Rozita yang memesrakan dirinya dengan Ita sahaja tersenyum membalas tanya menjelaskan setakat ini, tidak ada mana-mana lelaki berani datang ‘mengendeng’.

“Datuk mana pula ni? Tak adalah. Betul. Kalau sekadar peminat, itu saya tak tahu. Tapi niat saya jadi pelakon bukan untuk itu semua.

“Ikhlas, saya memang mahu mencari makan dalam lakonan, bukan dengan tujuan lain,’’ katanya minta dimengertikan.

Bahagia menjadi wanita cantik

Bagaimana agaknya perasaan menjadi wanita cantik? Rozita malu-malu bila saya bertanya begitu.

Tetapi kemudian katanya, “kalau orang kata cantik, cantik ke? Kalau itu satu pujian, saya hanya boleh panjatkan rasa syukur kepada Ilahi.

“Tetapi saya selalu ingatkan diri saya, ada lagi orang lebih cantik dan kecantikan tak kekal, masa muda eloklah, bila dah tua tak ke mana pun. Jadi sementara orang suka kenalah buat baik, jaga nama sendiri,’’ katanya.

Kecantikan bagi Rozita adalah aset yang dipunyai oleh semua wanita. Cuma barangkali ada wanita yang kurang menghargai apa yang menjadi milik mereka sendiri.

“Pada saya semua wanita itu cantik, mulia kejadiannya. Yang lebih penting lagi ialah kecantikan dalaman, bukan luaran kita,’’ katanya lagi.

Katanya, dia tidak mahu dianggap mengada-ngada atau perasan hebat.

Jauh sekali berkongsi cerita tentang hal-hal yang boleh membuatkan timbulnya anggapan dia mencari publisiti murah.

“Pada saya kalau ingin serius dalam lakonan hal-hal yang kurang baik wajar dielakkan. Saya ikhlas masuk dunia lakonan sebab mahu cari makan,itu saja,’’ katanya tidak mahu menyambung bualan itu.

Tak pernah terlambat

Di usia mencecah 32 tahun, dia mengaku banyak menganggap dia sudah terlalu lambat untuk mengukir nama sebagai bintang lakonan.

Pun begitu padanya Rozita akur pada masa ini persaingannya adalah dengan bakat-bakat baru yang muda belia, tetapi dalam masa yang sama tidak menolak faktor rezeki di dalam kuasa Yang Maha Esa.

Lalu untuk apa menyesal atau berasa kekurangan sementelah hidup mempunyai aturan dan nisab masing-masing.

“Kalau Tuhan kata ada rezeki untuk saya dalam bidang ini, alhamdulillah adalah. Saya tidak mahu bersaing dengan sesiapa.

“Macam yang saya cakap tadilah, saya jadi pelakon sebab hendak cari rezeki dan mulakan hidup baru,’’ kata wanita yang masih solo tanpa lelaki bernama suami ini.

Tuesday, November 14, 2006

Gambar terbaru Datuk Siti Nurhaliza

Rindu pada Siti Nurhaliza? camner yer rupa dier lepas kahwin...dibawah ni ada gambar Siti pada hari raya lepas..selebihnya gambar gambar candid Siti...selamat menatap gambar Siti...


Gambar Siti di hari raya lepas di Kedah






Gambar Perkahwinan Ieda Moin

Perkahwinan Ieda Moin yang selamber dan unik? tapi nampak cam pelik....aper aper ajer laakan....










Saturday, November 11, 2006

Jawab, jangan tak jawab: Ekin bimbang peminat fanatik Mawi

Jawab, jangan tak jawab: Ekin bimbang peminat fanatik Mawi
Oleh Zul Husni Abdul Hamid(Wartawan Berita Harian)


Dakwa pernah terima ugutan, rasa tak selamat keluar sendirian




KUASA sekeping gambar sudah cukup untuk menjelaskan segala-galanya. Tidak perlu lagi kata-kata, alasan juga sudah tiada makna kerana apa yang tertera sudah menjawab pertanyaan yang bermain di benak umum selama ini.

Begitulah nasib yang menimpa bakat baru, Nora’Asikin Rahmat atau Ekin. Gara-gara gosip mengaitkannya dengan artis lelaki popular, Mawi dia terjerat dalam ‘permainan’ yang diciptanya sendiri.

Puas menafikan, pelbagai alasan diberi akhirnya Mawi dan Ekin terpaksa akur mereka tidak boleh menyembunyikan kebenaran. Hanya kerana sekeping gambar yang tidak disedari bila diambil, mereka terpaksa tunduk kepada kenyataan.

Hakikatnya, jika tiada hubungan mengapa perlu bersandiwara? Untuk apa takut jika tidak melakukan apa-apa kesalahan? Mawi begitu yakin dengan jawapannya, malah sanggup mencabar kepada mereka yang bertanya untuk memberikannya bukti.

Nah, bukti kini di depan mata dan sandiwara yang cuba dilakonkan mereka berdua akhirnya terbongkar. Apa pula alasannya?

Namun, Ekin agak tenang apabila persoalan itu diajukan kepadanya. Panjang lebar dia menghuraikan situasi supaya tidak timbul lagi salah tanggapan. Simpati kepada Ekin hanya kerana berkawan dengan artis paling popular, akhirnya jari secara tidak sengaja turut tertuding kepadanya.

Kepada Hip, Ekin mengulas kontroversi yang hangat melanda pelakon yang sedang mencipta nama menerusi drama bersiri, Kawan itu.

Hip: Ekin lega selepas meluahkan segala-galanya?

Ekin: Buat sementara waktu, Ekin dan Aenn mengambil keputusan untuk tidak menerima sebarang tawaran. Mungkin awal tahun depan baru Ekin menerima. Dalam keadaan sekarang, Ekin bimbang tidak dapat memberi komitmen. Lagipun, Ekin dan Aenn terpaksa berulang alik ke Johor untuk melihat perkembangan kesihatan emak. Itu yang buat kami terpaksa menimbang pelbagai faktor sebelum bersetuju untuk berlakon.

Hip: Atau Ekin bimbang dengan pandangan orang luar ketika perkara itu masih hangat diperkatakan?

Ekin: Bimbang juga jika peminat fanatik Mawi tidak dapat menerima benda ini sebagai satu gosip. Ekin takut kerana marahkan Ekin ada yang sanggup bertindak keterlaluan. Rasa macam tak selamat untuk keluar sendirian. Kerana itu juga Ekin terpaksa menolak tawaran yang datang. Kepala pun tengah pening, baik Ekin tenangkan diri dulu. Kalau keluar pun, Ekin sentiasa ditemani. Tak berani pula kalau seorang diri, lebih lagi sebelum ini Ekin pernah menerima ugutan yang mengancam keselamatan.

Hip: Mengapa tidak berterus terang saja, tak ada perkara ini berpanjangan?

Ekin: Kalau Ekin berterus terang pun mesti ada yang salah anggap hubungan kami yang sebenar. Orang mengasak tapi bila Mawi sendiri memberitahu dia tidak kenal Ekin, macam mana Ekin nak mengaku? Ekin tidak mahu nanti dikata pula menumpang populariti Mawi, dituduh pula terhegeh-hegeh sedangkan dia tidak ada apa-apa. Dalam hal ini, Ekin jadi tersepit. Jika benar dia datang merisik, Ekin tidak akan selindung perkara yang benar. Masalahnya benda itu tak pernah terjadi. Peliknya bila bercakap yang betul orang tak mahu percaya pula.

Hip: Mungkin Ekin takut peminat marah?

Ekin: Ekin tidak takut kepada peminat, cuma dalam hal ini banyak hati yang perlu dijaga. Ekin tak nak ada hati yang terguris lagi. Anda sendiri pun boleh menilai. Kalau Mawi sendiri teragak-agak dalam memberikan kenyataan, apa lagi diri Ekin. Banyak perkara yang perlu Ekin pertimbangkan. Masa Mawi membuat kenyataan meminta bukti diberikan kalau benar dia bertandang ke rumah Ekin musim raya lalu, Ekin memang terfikir mengenai gambar yang diambil bersama. Cuma tak terlalu serius memikirkan perkara itu kerana rasanya ia tidak akan disebarkan kepada media. Tapi apabila sudah jadi begini, Ekin tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Ekin cuma pasrah.

Hip: Ekin rasa jadi mangsa dalam kontroversi ini?

Ekin: Ekin tidak rasa diri sebagai mangsa cuma tertanya kenapa perkara ini perlu diperbesar-besarkan? Kami tiada hubungan apa-apa. Memang Ekin kenal Mawi tetapi salahkah mengenalinya sebagai seorang kawan artis? Rasanya tak salah kalau Ekin mahu berkawan dengan siapa-siapa. Ekin sebagai orang baru, duduk pula merantau di ibu kota jauh dari keluarga. Jadi kalau bukan dengan kawan, kepada siapa lagi mahu mengadu? Ekin perlukan kawan-kawan cuma kebetulan Mawi ialah antara kenalan artis yang Ekin kenali.

Hip: Sejujurnya adakah Ekin peminat setia Mawi?

Ekin: Ekin tidak minat pun dia. Kalau pun kenal sebelum ini, hanya sebagai penyanyi dan juara Akademi Fantasia 3. Hanya setakat itu. Tak ada pula minat gila sehingga sanggup berhabis untuk mengundi bagi memastikan Mawi menang dulu. Cerita itu tidak betul. Ekin pun malu bila perkara ini digembar-gemburkan. Tolonglah kerana Ekin pun sedang mencari nama dalam bidang seni. Biarlah orang kenal Ekin kerana bakat dan lakonan, bukan kerana cerita begini. Ada masanya Ekin rasa tertekan juga tetapi apa lagi yang Ekin boleh buat?

Hip: Kenapa tak berbincang dengan Mawi sebelum memberi apa-apa kenyataan?

Ekin: Bagaimana nak berbincang kerana kami tidak pernah berjumpa. Nombor telefon Mawi pun Ekin tak ada. Tak berjumpa pun banyak cerita yang keluar, bayangkan kalau kami keluar bersama. Tentu banyak lagi cerita yang bukan-bukan akan tersebar. Ekin tahu dia banyak peminat, apa saja yang dia buat akan menjadi bahan berita. Justeru, Ekin perlu berhati-hati supaya tidak timbul salah tanggapan di mata orang luar.

Hip: Kalau tidak pernah berjumpa, bagaimana Mawi boleh sampai ke rumah Ekin?

Ekin: Kebetulan kawan baik Ekin yang bekerja di Mawi World Sdn Bhd datang ke Johor Bahru dan menghubungi Ekin untuk datang beraya ke rumah. Tak tahu pula dia nak datang bawa Mawi. Apabila sampai saya sendiri terkejut kerana Mawi ada bersama. Orang datang beraya takkan saya tak benarkan dia masuk. Saya layan dia seperti biasa, macam tetamu lain walaupun pada masa itu hati dah tak sedap. Yalah di luar orang sibuk bergosip mengenai kami, alih-alih dia datang beraya ke rumah. Mahu saya tidak terkejut. Ketika itu saya cuma berdoa tidak ada apa-apa yang buruk akan berlaku.

Hip: Sempat pula dia bergambar dengan keluarga Ekin?

Ekin: Memang keluarga suka bergambar, lagi pun tiada salahnya untuk kenangan hari raya dengan tetamu yang datang bertandang ke rumah. Tak tahu pula siapa yang sebarkan kerana kebetulan malam itu ramai tetamu yang datang. Banyak lagi gambar yang diambil tetapi mengapa hanya sekeping itu saja disebarkan kepada media. Susah Ekin nak cakap mengenai hal ini. Cuma Ekin tak seronok bila orang menuduh Ekin cuba menipu. Ekin cakap yang jujur kerana memang Ekin tidak begitu rapat mengenali Mawi.

Hip: Mustahil Ekin tak ada nombor telefon Mawi?

Ekin: Tengok... Awak pun tak percaya dengan saya. Kalau betul dia ada nombor Ekin, mesti dia akan hubungi terlebih dulu. Buat apa dia nak datang ketika tetamu lain masih ramai berkumpul di rumah kami. Ekin akui terperanjat melihat Mawi datang ke rumah. Tapi itulah benda sudah jadi, bukan boleh ditarik balik. Datang beraya saja bukan ada tujuan lain. Tidak ada merisik-risik.

Hip: Selepas apa yang berlaku ini, mungkin sukar untuk orang mempercayai kata-kata Ekin. Tidak bimbang perkara itu berlaku?

Ekin: Ekin faham. Sehingga hari ini pun masih ramai yang tidak jemu menghubungi, mahu mencungkil sejauh mana hubungan kami. Ekin sudah menjelaskan duduk perkara sebenar, malah sudah meminta maaf kerana cuba berselindung sebelum ini. Orang tidak tahu tekanan yang terpaksa Ekin hadapi. Mawi terlalu popular dan Ekin tak nak peminat fanatiknya akan salah anggap hubungan kami. Percayalah, kami tiada hubungan istimewa. Hanya sebagai teman sesama artis.

Hip: Selepas apa yang terjadi, Ekin takut untuk merapati Mawi?

Ekin: Tidak apa yang nak ditakutkan. Bila berjauhan daripada keluarga, mahu atau tidak Ekin tetap memerlukan kawan untuk mengadu susah senang. Tak salah kan jika Ekin berkawan dengan sesiapa saja, cuma harap orang luar akan faham. Kalau betul kami keluar berdua, Ekin takkan berselindung. Cuma tak seronok bila isu ini dibesar-besarkan sedangkan kami biasa-biasa saja. Bukan dengan Mawi saja, dengan teman artis lain pun Ekin berkawan juga. Tetapi kenapa dengan dia saja Ekin digosipkan?

Friday, November 10, 2006

Sekitar Perkahwinan Dr. Fazley

Diam-diam aja Dr Fazley ni yer...nak buat kezutan laa tu...xper laa camtu..dari havoc satu malaya ni tapi x jadi apa yer tak...Kami ucapkan pada Dr Fazley dan isteri semoga berbahagia hingga ke akhirnya...

Gambar-gambar perkahwinan Dr Fazley.





















































Tuesday, November 07, 2006

Mawi jawap tuduhan akhbar

“Saya layan semua sama”

Mawi, Mawi, Mawi dan Mawi lagi. Nyata fenomenanya belum berakhir sehingga kini meskipun diasak dengan kontroversi yang bertubi-tubi. Setelah lama tidak berkomunikasi dengannya secara langsung, kali ini saya bertemu Mawi untuk bertanyakan sendiri kepadanya tentang banyak perkara.
Kawan-kawan saya di media lain pun tidak terkecuali menjadikan ruang di sidang akhbar ini untuk bertanya banyak hal yang sensasi dan terkini tentang ‘Raja SMS’ ini.
Banyak hal yang kami ajukan kepada Mawi. Dari hal berkaitan rasa tak puas hati peminat, sehinggalah kepada isu pertunangan tiba-tiba yang sengaja direka oleh pihak tertentu ketika umat Islam tengah sibuk dengan hari raya baru-baru ini.
Saya juga bertanya kepada Mawi soal sebahagian peminat fanatiknya yang bagaikan tidak boleh menerima kritikan yang dilemparkan kepadanya. Kata Mawi, dia tak kisah dengan kritikan.
Dan menariknya kali ini Mawi menjawab semua soalan dengan jelas tanpa menggeleng atau tersenyum selamba macam biasa. Sekurang-kurangnya sudah ada perubahan pada anak muda yang satu ini, bisik hati kecil saya.
Pertama kali beraya di rumah baru, khabarnya ada peminat tak puas hati dengan layanan Mawi dan keluarga di hari raya pertama. Kenapa tu?
Saya rasa semua okey saja. Hari raya pertama memang hari saya layan peminat. Dakwaan yang macam-macam timbul tu langsung tak betul, sebab memang semua orang saya layan macam biasa, peminat. Tapi kalau hendak masuk semua sekali ke dalam rumah, masuk bilik air dalam rumah semua tu, tak boleh jugalah. Rasa-rasanya tak ada apa-apa hal yang tak baik masa hari raya tu.
Dengan kontroversi Mawi pergi meminang yang tiba-tiba ditimbulkan, adakah Syawal kali ini membawa ketenangan buat Mawi?
Sesak juga, tapi sudah biasalah. Tak ada apa-apa hal.
Reaksi pertama Mawi bila baca laporan akhbar berkenaan? (Bukan terbitan Kumpulan Utusan).
Sengih saja. Terkejut memang ada, tiba-tiba saja cerita tak betul tu timbul. Mengarut semua tu.
Tertekan?
Macam saya cakap, sudah biasa. Tapi ada juga rasa macam serangan yang bertubi-tubi datang. Habis satu, datang lagi satu. Alah, diri saya sudah biasa diumpat, dikata, dinista dan dinasihat, dikritik. Saya sudah anggap benda-benda ini semua sebagai satu benda yang perlu saya terima.
Adakah berita pertunangan dan merisik itu 100 peratus palsu?
Ya, 100 peratus tidak benar. Tak betul langsung.
Kalau sampai masanya keluarga mahu meminang mana-mana gadis sebagai bakal isteri, apakah Mawi akan berkongsi dengan kami?
Insya-Allah saya akan kongsi, benda baik. Jodoh saya dengan sesiapapun saya akan terima, akan beritahu anda semua.
Benarkah arwah Pak Atan (ayah Mawi) pernah memberi wasiat supaya Mawi berkahwin dengan seorang gadis yang sudah dipilih oleh arwah?
(Senyum). Mana ada? Tak ada apa-apa wasiat. Tak ada langsung.
Pada ketika dan saat ini, bagaimanakah ciri-ciri wanita idaman Mawi?
Itu cita rasa sayalah. Takdir akan menentukan segala-galanya.
Apakah wanita bertudung tidak lagi menjadi persoalan utama seperti dulu?
Kalau dapat yang bertudung lebih baiklah. Tapi kita tak boleh hendak tolak jodoh.
Mawi penat dengan segala macam kontroversi yang dimainkan?
Tak ada juga. Pengajaran lama mengajar saya. Tapi tidaklah boleh kata saya sudah rasa kebal. Main juga di kepala bila hal-hal tak betul keluar. Saya fikir tentu parah sebab esok hendak jumpa kawan-kawan wartawan. Macam hari ini kita jumpa, saya dah sedialah menjawabnya.
Kalau ada masalah macam ini pada siapa Mawi mengadu?
Siapa lagi? Anda semualah (wartawan). Banyak masalah saya kongsi dengan anda semua. Sebab akhirnya anda semua juga yang tolong saya jelaskan apa yang benarnya. Kasi cover balik.
Ada peminat ‘fanatik’ Mawi anggap kritikan media sebenarnya dengan tujuan menjatuhkan Mawi, bagaimana pandangan Mawi sendiri?
Wartawan tulis tu memang kerja merekalah. Tugas mereka cari berita. Saya sebenarnya kena ucap terima kasih kepada wartawan sebab tulis cerita fasal saya. Jadi, orang tak lupakan Mawi. Puji ke, kritik ke maknanya orang selalu ingat saya. Saya tak pernah cakap pun yang wartawan ada tujuan untuk menjatuhkan saya ke apa ke. Tak ada.
Nampaknya ada peminat yang tak boleh terima kritikan orang lain terhadap Mawi?
Kritikan terhadap saya? Ya ke ada?
Ada yang guna bahasa kesat, memaki hamun, mencarut dan sebagainya yang digunakan oleh peminat Mawi. Contohnya melalui surat, e-mel dan ruangan sembang di Internet?
Kasihan juga ya. Sebagai manusia kita pun kenalah terima kritikan dan nasihat. Jangan cepat sangat melatah. Kena terima.
Adakah Mawi bangga ada peminat yang macam ini?
Alhamdulillah. Saya hendak komen banyak sangat pun tak boleh juga (ketawa).
Cakap sajalah, kenapa Mawi takut peminat tak boleh terima dan lari?
Yallah, saya kena jaga hati peminat juga. Peminat punya pandangan tersendiri tentang sesuatu isu. Tetapi kalau tahap maki hamun, mengata orang itu memang sudah tak patutlah.
Maknanya selagi mereka bergelar peminat, Mawi tak kisah bagaimanapun perilaku mereka?
Setiap apa yang mereka suarakan, itu adalah pandangan peminat. Pandangan peribadi mereka. Bagi saya, saya akan layan semua sama. Yang sokong saya, saya akan layan samalah.

Mawi gagal berdrama?




Mawi cuba menafikan beliau mempunyai hubungan dengan Ikin tetapi gambar kiriman peminat ini menggambarkan mereka seolah-olah telah lama mengenali. Malah gambar ini juga dipercayai dirakamkan ketika Mawi berkunjung ke rumah Ikin pada awal Syawal lalu.

Oleh NIEZAM ABDULLAH dan HASZRUL MOHAMED (Wartawan Utusan Malaysia)



Hasrat juara Akademi Fantasia Ketiga (AF3) Asmawi Ani atau Mawi untuk menafikan beliau sebenarnya mempunyai hubungan atau berkawan dengan pelakon drama Kawan - Nora'Asikin Rahmat (Ikin), 27, ternyata gagal.
Sebelum ini Mawi menafikan sekeras-kerasnya beliau berkawan dengan Ikin, jauh sekali untuk berkunjung ke rumah keluarga Ikin di Jalan Mariamah, Johor Bahru.
Malah dalam satu sidang media di sebuah restoran pada Selasa lalu penyanyi itu mencabar wartawan supaya menunjukkan bukti sekiranya beliau pernah berkunjung ke rumah Ikin.
Mawi mendakwa desas-desus hubungannya dengan pelakon itu adalah fitnah yang melanda dirinya pada ketika ini.
“Kalau ada gambar (berkunjung ke rumah Ikin) tunjukkanlah buktinya,’’ kata Mawi pada sidang media itu. Bagaimanapun cubaan Mawi untuk menyembunyikan perkara sebenar itu ternyata menjerat dirinya.
Ketika Mawi cuba menafikan mempunyai hubungannya dengan Ikin itu, Pancaindera teleh menerima panggilan telefon mengatakan Mawi sebenarnya telah berkunjung ke rumah Ikin.
Menerusi sumber itu, akhirnya Wartawan Utusan Malaysia di Johor Bahru - Haszrul Mohamed secara eksklusif menerima gambar yang membuktikan segala-galanya.
Gambar itu menunjukkan Mawi bersama Ikin dan ibu bapa gadis itu iaitu Fatimah dan Rahmat.
Walaupun agak kabur, gambar tersebut secara jelas memperlihatkan Mawi sebenarnya ada berkunjung ke rumah Ikin walaupun dia sendiri cuba menafikannya.
Adalah lebih baik juara AF itu berterus terang daripada cuba untuk menyembunyikan kebenaran yang akhirnya memakan dirinya sendiri.
Tiada siapa yang kisah jika Mawi benar-benar hendak bertunang ataupun mengunjungi rumah seseorang tetapi dalam hal ini kejujuran adalah lebih baik daripada terlalu ingin bermain sandiwara yang akhirnya memperlihatkan keburukan diri.
Lebih mendukacitakan Mawi mendakwa hanya mengenali Ikin sebagai rakan sesama artis dan tidak lebih daripada itu.
“Saya juga tidak pernah berhubung dengan Ikin secara peribadi dan tidak mempunyai nombor telefonnya,’’ ujar Mawi pada sidang media itu.
Kata-kata Mawi itu sukar dipercayai. Jika dia tidak mempunyai nombor telefon gadis itu, masakan Mawi boleh mengambil gambar bersama Ikin termasuk ahli keluarganya.
Ahli keluarga Ikin sebelum ini turut menafikan kunjungan Mawi ke rumah mereka selain mendakwa Ikin tertekan dengan gosip tersebut.
Sumber memberitahu Pancaindera, Mawi berkunjung ke rumah Ikin pada hari raya lalu dan pulang ke rumah lewat pagi.
Mawi perlu ingat, seluruh rakyat Malaysia mengenalinya. Semua orang kenal Mawi. Daripada budak kecil sehinggalah orang tua. Ke mana Mawi pergi dan apa yang dia buat akan diperhatikan.
Dalam sidang media itu juga Mawi terkejut apabila Pancaindera memberitahu tempat percutian yang cuba disembunyikan Mawi pada hari raya lalu ialah di sebuah hotel di Port Dickson. Dia bercuti bersama keluarga dan turut memandu kereta Satria Neo.
“Macam mana tahu saya bercuti ke situ...?’’ tanya Mawi. Sebaliknya Pancaindera memberitahu Mawi, apa saja dia buat di dalam Malaysia ini dengan pantas akan tiba di telinga pihak media apatah lagi jika sesuatu perkara itu hendak disembunyikan.
Mawi perlu akui, hakikat untuk bergelar seorang bintang beginilah ujiannya. Bukannya mudah untuk meniti di sebuah jambatan emas jika tiada sebuah kekuatan.
Kepada Mawi, penyiaran gambar ini bukan untuk mengaibkan diri Mawi sebaliknya sebagai iktibar supaya Mawi tidak terus berpura-pura dan hidup dalam bayang-bayang lagi.
Mudah-mudahan Mawi dapat memperbaiki kelemahan dirinya itu. Tetapi percayalah, selepas ini kata-kata yang keluar daripada mulutmu Mawi sukar untuk dipercayai lagi. Mawi kena kembalikan kepercayaan orang terhadapnya.